
mmmmmmmmmmmmm selamat ulang tahun, selamat ulang tahun, selamat ulang tahun untuk mu, selamat ulang tahun.... ahaaa, ni lagu yang telah dinyanyikan secara live beramai-ramai di perkarangan sekolah menengah teknik tengku jaafar seremban. persembahan dari bintang realiti ini telah menarik ramai kakitangan pengawal kesalamatan yang terdiri dari 4 orang anggota itu, dan ternyata tepukan gemuruh di luar jangkaan.
bersusah payah nak cukupkan korum mencari sorang lagi, azri. terima kasih kpd pihak pengawal keselamatan dan guru kanan h.e.m yang membenarkan azri kuar untuk menyambut ulangtahun ibunya sambil berbuka puasa bersama-sama amira, alia, adil dan arina. walaupun terpaksa makan berebut-rebut kerana tersalah info dari kakitangan restoran man tomyam, tapi tetap beruntung bandingkan orang kat afrika, afghnistan. yang penting insan diraikan hari ini diberikan allah kesejahteraan sepanjang masa. kami sayang ibu..
uniknya sewaktu acara penyampaian cenderamata diadakan, bukan sekadar insan yang diraikan mendapat cenderamata istimewa, malah seluruh ahli keluarga mendapat seorang satu pemberian juga dari insan yang tak kurang hebatnya iaitu amira dan alia. kedua-dua puteri ini telah bermurah hati turut menyumbangkan bantuan menjelang raya kepada adik-adiknya. maksudnya, hadiah besday yang tertunggak lah tu.
tak sia-sia amira dan alia menyusur dari sebuah rumah ke sebuah rumah di sekitar sungai buluh, setiap hujung minggu atau malam hari. semua tu semata-mata kerana menjadi kakitangan banci 2010. hasilnya apa erk. lu fikirlah sendiri para penonton. baru-baru ini amira dan alia mendapat durian runtuh yang tak berbau...mau rasanya tahun ini sambut ulangtahun dua kali...kan kakya n angah...ada berani kerrr
TAZKIRAH RAMADHAN 5
Dari 'Ashim bin Umar bin Khaththab r.a., dari bapanya, katanya Rasulullah saw, pernah bersabda: "Apabila malam datang dari sini, dan siang berlalu dari sini, sedang matahari terbenam sesungguhnya orang yang puasa berbuka."
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:
Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
No comments:
Post a Comment