Tuesday, August 3, 2010

indahnya kenangan bersamamu, paman...


memang terlintas di hati ku untuk membalik2kan kenangan zaman kanak2ku ketika di kampung halaman. dan kenangan bersama paman aman, mustahilku biarkan berlalu begitu sahaja. aku sekadar ingin menyatakan kepada seluruh darah dagingku bahawa paman aman dan aku, memiliki ikatan yg amat kukuh sehingga bila2 pun. RAHMAT BIN BERO...hatiku terusik ketika, paman tumin meninggalkan kami. sewaktu aku menyusul paman aman dan bibik tuminah di umah untuk kubawa ke kediaman arwah paman tumin 15 julai lalu, aku dakap paman aman sebaik turun dr kereta. paman aman dan bonda tijah lah, dua beradik yg masih ada...mencium tangan bibik tuminah sambil mempersilakannya keduanya memasuki kereta.

mungkin tidak banyak yg dapat kukutip untuk ku titipkan satu persatu peristiwa2 zaman lampauku...dari kampung ku, seri paya untuk ke seri menanti, tidaklah jauh benar ketika ini. tetapi 40 tahun lalu, hanya kecekalan dan keinginan untuk menjenguk paman sekeluarga di seri menanti mengatasi segalanya. kami menyeberangi paya yg jernih airnya. siapakah dapat membayangkan semua itu. pernahkah terfikir di fikiran kita laluan jambatan kayu yg terendam di dalam air paya separas lutut? suatu yg tak mungkin ditemui di mana2 di dunia ini, jambatan seumpana itu. jambatan yg sepatutnya berada di atas air. terlalu jernih. tak pernah terlintas sekiranya ada binatang buas yg menghuni paya mengganggu kami.

di kampung seri menanti, paman menetap berumah papan di kebun getahnya. kemas rumah paman dan bibik..kalau melihat kebun getah paman di segamat sekarang, sebersih itu, maka 40 tahun dahulu kebun paman di seri menanti, juga sebersih sekarang. paman memang rajin. bibik tuminah juga tangkas. anak terengganu yg telah menguasai bahasa jawa baku dengan pekatnya. mungkin, paman yg memang jawa pun tak sepekat bibik. kadang2 takut nak ke umah paman. hati kena cekal, bukan apa, angsa peliharaannya tetap setia menanti kedatangan tetamu. sapa2 yang tahan paha, tadahlah untuk jadi mangsa angsa yg banyak paman pelihara.



apa yg ada di umah paman aman? GASING.. bukan gasing yg sebesar penumbuk. tetapi sebesar kepala. paman memang minat dgn gasing. aku cuba juga merisik2 kalau masih ada sebiji dua, yg boleh ku simpan sebagai kenangan. dah tak ada satu pun yg tinggal, ghani adalah kot, sebab ghani anaknya. meh bagi kat aku, boleh? mustahil ghani akan bagi. pusaka tu.

ada masa2 tertentu, di umah paman bagaikan pesta kebudayaan. kalau masih aktif sehingga sekarang, aku pasti acara di umah paman akan masuk kat dalam kalender pelancongan. pertandingan gasing akan di adakan. tentu mohaini, musalmah dan ghani masih ingat ketika itu.

terus terang aku mengakui, aku cuma boleh mengingati mohaini, musalmah dan ghani. jailan memang ku ingat sebab, ghani cuma dua beradik lelaki. mohaini, musalmah dan ghani senang ingat mungkin mereka baya2 aku juga. murni, ros, zana, memang ku tahu nama itu, tetapi aku keliru yg mana satu orangnya...mereka membesar di segamat. yg aku tahu, ada salah seorang anak paman, yg terpaksa belajar berenang di dalam perigi.

bila dah pandai berenang sambil meraung2, berlari balik ke umah. jurulatihnya dah tentu paman aman. paman memang tegas. kalau tidak mustahil semua anak paman berjaya sekarang ini. dalam kecut dan takut, aku tabik kat paman. dan sekarang kita baru dapat mengesani betapa berharganya asuhan, didikan paman terhadap anak2nya, juga aku sendiri sebagai ponakkannya. TERIMA KASIH PAMAN...aku pernah terharu sewaktu menghubungi mohaini melalui sms tahun lalu. sebak hiba, sebab terlalu rindukan paman.


bersama mak, aku pernah melawat paman di hospital muar. puncanya paman mendapat kemalangan di sekitar jambatan muar. bersamanya ketika itu ialah arwah misran selamat, rakan baik paman. parut2 kemalangan mungkin masih ada di kaki atau kepala paman. kemalangan motor yg dinaikinya. syukurlah paman masih dipanjang umur sehingga sekarang.

menyentuh tentang motor, paman memang seorang yg suka menghias motornya. pelbagai stiker dan tampalan yg lain menghiasi bahagian2 tertentu motornya. motor paman memang sentiasa berkilat. cuma aku tak dapat nak pastikan, apakah paman tidur juga di sisi motor? kena tanya bibik. aku suka benar mendengar celoteh bibik yg banyak mengusik paman...


sebagai adik bongsu bonda tijah, paman memang aku akui seorang yg amat penyayang. walaupun dirinya dalam keadaan yg uzur, tetapi masih sihat benar, paman pantang mendengar bonda tidak sihat. paman akan segera menjenguh bonda di kampung.

aku sebenarnya tidak dapat mengingati tahun yg tepat sejak bilakah paman berhijrah ke segamat, berkebun di sana. sifat kasih dan sayang paman terhadap ikatan kekeluargaan memang amat terserlah. aku kagum, dalam ketegasannya, paman tetap seorang pemaaf. mungkin ada sesuatu yg membuatkan paman tidak selesa di kampung, menyebabkan paman berhijrah ke segamat. tetapi aku yakin, paman berhijrah kerana paman memang terkenal dengan sifat suka merantau. kalau tidak masakan, gadis dari negeri ulik mayang dapat paman pikat. nampaknya ghani menuruti jejaknya...makang ikang lah kita ya ghani...



bila aku kembali mengingati paman, mustahil aku dapat melupakan begitu sahaja, arwah paman tumin, arwah paman selamat (bapa yatim, yg meninggal kerana kemalangan)..aku sempat bergambar dgn yatim (lihat gambar di atas sekali, jejaka yg lawo tu...) kali terakhir aku pernah menjenguknya di melaka dan mempunyai seorang anak, aidil namanya. tentu dah besar panjang, dan tak mustahil yatim juga sudah bermenantu. aku pun tak dapat memastikan mengapa yatim menyepi begitu sahaja. mungkin hanya kebesar allah sahaja yg dapat mengerakkan hati yatim untuk membuka belog ni. bibik tumirah tentu masih sihat, itu sahaja doa ku.

paman, walaupun ada tahun2 tertentu kita pernah terpisah lama, namun nama dan ikatan darah yg mengalir, tak siapa dapat memisahkannya. mungkin aku tak pernah mengucapkannya di hadapan paman aman, tetapi hati kecil ku membisikkan, paman juga ku anggap sebagai seorang bapa padaku. cinta kasih ku takkan padam2 seperti doaku untuk kesejahteraan mu sekeluarga sepanjang hayat. hati yg terusik, tak pernah menjadi parut...ghani terima kasih, kerana kau sudi mengirimkan beberapa keping gambar lama. tentu kau pun masih ingat, zaman2 kita bujang, tinggal bersama di kayu ara....huh penat untuk mengingatinya...mana perginya john, si jawa selangor tu....



PAMAN, MELIHAT GAMBAR2 ZAMAN LAMPAU, SEBENARNYA BANYAK MENGINGATKAN BAHAWA ADA SESUATU ANTARA KITA SEKELUARGA YANG MUSTAHIL BOLEH TERPISAH LAGI...KENANGAN ITU MEMANG PAHIT KAN PAMAN, TETAPI SEKARANG BARU KU TAHU MANISNYA....

2 comments:

  1. Yes, I am very proud of him. atuk sorang yg sgt tegas, tapi sebenarnya hati dia sangat lembut.atuk.....zurai syg sgt kat atuk...=(

    ReplyDelete