.jpg)
hampir dua bulan bertemu, berbincang antara beberapa ahli keluarga atas inisiatif norul latiff hj misran, bersama isteri siti hadijah hj mokhtar serta beberapa orang sepupu-sepupu mereka seperti salasiah zainudin, masitah zainudin, norzainiza misran, norhaliza misran dan beberapa lagi, mereka telah bersepakat untuk menghimpunkan seluruh ahli keluarga dari gene allahyarham tawaf hj palil & tijah hassan @ ahmad.
beberapa perbincangan sama ada bertemu atau berhubung melalui telefon serta internet, akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut pada 3 syawal 1431 ini.
.jpg)
mereka tertungkus lumus dengan mengadakan pelbagai persiapan, dan untuk melicinkan perjalanan pertemuan tersebut mereka telah menubuhkan satu jawatankuasa khas. semoga hasrat dan tujuan murni dari generasi kedua allahyarham tawaf ini akan diberkati dengan kehadiran seluruh anak cucu yang berada dari pelbagai tempat. kesungguhan mereka, pengorbanan mereka mengkesampingkan beberapa progrem tertentu di tempat masing-masing, semata-mata untuk menyertai perhimpunan ini amatlah dihargai, disanjungi.
yang diharapkan kesanggupan untuk datang berhimpun adalah tanda penyataan bahawa ikatan kekeluargaan antara sesama tiap ahli keluarga begitu ketara kukuhnya...

tanpa kenal penat lelah mereka berkorban tenaga, wang ringgit tentu mustahil perhimpunan sebesar ini, yang julung-julung kali diadakanan dapat terlaksana dengan jayanya...dan pihak peneraju blog sekeluarga1jiwa.blogspot akan mengumumkan sesuatu esok, sebelum melabuhkan tirai untuk meninggalkan celoteh di ruang maya ini...pengumam yang akan memeriahkan lagi perhimpunan nanti. doakan ianya terlaksana...
No comments:
Post a Comment