
sekitar jam 11.00 pagi tadi telefon berdering, tanpa menangguhkan waktu aku segera mengangkatnya. nama yang tertera di skrin menyejukkan hatiku. rupa-rupanya aku masih juga gagal untuk menghubunginya terlebih dahulu. Paman Aman! aku pernah menitikkan airmata sejurus perbualan kami berakhir, hampir dua tahun yang lalu. ketika itu, paman jarang menghubungiku. dadaku sentiasa berdebar. tanpa ku tahu puncanya. aku tidak mahu untuk menduga persoalan yang pelbagai.
ku tetap anggap panggilan paman hampir dua tahu lalu, adalah kerana paman terlalu ingin tahu beritaku. aku terkilan, mengapa bukan aku yang memulainya. hal ini pernah ku ceritakan kepada mohaini, puteri sulong paman. melalui sms, benar-benar mencipta sebak di hati. kolam mata tak dapat membendung pilu ketika itu. aku benar-benar menjadi rindu terhadap paman saat itu.
dan pagi ini, sekali lagi paman menghubungiku. sekadar berbasa basi. suaranya yang mudah kukenal mencuit halus hati. tidak pernah lupa paman bertanya hal bonda (kanda paman). aku katakan bonda masih di pahang. memang tiap kali paman menghubungiku, dia kelihatan bersungguh benar untuk menjejakkan kaki ke pahang, menjengah bonda...sekaligus untuk melihat-lihat bumi lancang.

benar, andai banyak waktuku terluang, dan tidak diasak dengan rutin hidupku, aku masih sanggup memandu ke segamat hanya untuk menyusul paman, lalu membawa ke pahang. berapalah sangat nilai pengorbananku, kalau hendak ku fikirkan. rasanya keringat menjemput paman beratus batu begitu, belum dan tak kan pernah terbalas berbanding perhatian yang pernah diberikannya untukku, apalagi untuk keluargaku.
ketegasan mu tak pernah terpamer lantaran ditenggelamkan oleh perhatian kasihmu yang amat berlebihan itu. apalah maknanya keberadaan kita, andai kita masih juga mahu berkira setiap curahan perhatian. paman tidak pernah berkira, itu perhitunganku. dan itu juga jawapanku bila ada yang bertanya tentang insan bernama paman aman.
sempat juga aku bercerita kepadanya, dua hari lalu aku mengunjungi shahrudin sarif. aku mengunjungi shahrudin, kerana hendak mengucapkan takziah kerana berpulangnya, ayahandanya, sharif! aku hanya mendapat berita itu dari paman aman, setelah seminggu, almarhum paman tumin meninggal. sharudin merupakan cucu kepada almarhum wak satinah. almarhum wak satinah merupakan kanda kepada bonda tijah, dari berlainan emak. semasa hayatnya almarhum wak satinah pernah menetap di yong peng. zaman kakak-kanak ku aku pernah bermalam di rumahnya. apa yang masih tertayang di ruang mataku, dan terpahat kejap di hati ialah keunikan ruang dapurnya. sebatang sungai mengalir, melatari dapurnya...
bonda saharudin bernama yamah, adalah antara puteri almarhum wak satinah. pagi itu aku tidak dapat menemui sharudin, kerana dia sedang berpergian untuk melihat mesin sakit buah pinggangnya. demikian yang diceritakan oleh isterinya, yang sempat kami bersembang hampir sejam juga...insyaallah, banyak yang akan ku perolehi dari sharudin, yang mungkin akan dapat kita kongsikan bersama di lain kesempatan. sharudin, adalah satu-satunya yang akan menjadi ruang rujukan keluarga di sebelah almarhum wak satina.
.jpg)
ghani, sesekali aku tidak akan pernah melupakan kau, bukan sekadar atas perhubungan kekeluargaan, tetapi lebih dari itu. bantuannya mengirimkan gambar-gambar lama terlalu akan bermakna. dan lebih bermakna lagi, kalau ghani sudah memberikan gasing idaman ke tanganku. aku bukan mengingatkan, atau menagih janjinya, tetapi memang aku hendakkan gasing warisan paman aman. kau jangan larikkkk ghani, mana kau sorok gasing turrr...maaf ya sharudin, gambar atas sekali aku curik dari belog sharudin. ramai tak keluarga sharudin?
sebagai bukti, aku perturunkan catatan ghani melalui emailnya kepadaku minggu lepas....kahkahkahkah...mari baca ramei-ramei catatan ghani di bawah....
salam buat abg nin sekeluarga.
di sini ada lagi sebahagian pic lama2 kenangan ayah..
juga kenangan ber sama arwah wak tumin.. pic ni masa raya tahun 2006 rasa nya...x brapa pasti...
yg pasti dia msih sihat...
ada juga pic gasing kesayangan ayah... sya simpan dgn baik
nanti saya bagi satu kat abg nin buat kenangan....tapi dh buruk sgt lah gasing tu...sbb tu gasing pangkah....
yg gasing uri tu x leh bagi lah sbb tu kesayangan ayh.
insyallah nanti klu ke umah abg nin..saya akn bawak kan...
Johan tu ada tinggal kat meru klang. prnh juga jumpa dia beberapa kali sblm ni.....
Abg ipar dia yg org trganu tu dh meninggal dunia.....
ok lah jumpa lagi...
wassalam
ghani
#seperti kelaziman, sempena malam dan bulan yang penuh keberkataan ini, marilah kita sama2 mensedekahkan alfatihan untuk seluruh ahli keluarga kita yang telah menemui penciptanya terlebih dahulu..moga roh mereka dicucuri rahmat...ALFATIHAH..
TAZKIRAH RAMADHAN 2
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw bersabda; "Puasalah bila kamu melihatnya (bulan), dan berbukalah bila kamu melihatnya. Jika bulan itu tertutup atasnya, maka sempurnakanlah bilangan sya'ban tiga puluh hari."
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:
Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.
No comments:
Post a Comment