
Pasal bergaya memang nombor wahid. Bicaranya. Keberaniannya sukar ditandingi. Ketegasannya memeningkan, tapi tetap lembut bila dipujuk. Rajin dalam serba serbi. Walau merungut-rungut, kaki dan tangan bergerak juga. Membantu di dapur, atau di luar rumah. Ringan tangannya seringan permintaannya.
Petah tuturnya. Kalau ditegur, yang mengiringinya adalah airmatanya. Selepas itu bila diusik pujuk, dia senyum malu.
10 tahun lalu pada hari ini dia dilahirkan… mesra dengan panggilan baby. Akhirnya dia lebih senang dipanggil b sahaja. Pada awalnya memang kagum dengan dia ni, bila dia menunjukkan lukisan2 kartun yang dilukisnya berdasarkan dari komik-komik yang ada. Kami menyangka dia meniru sambil menekap pada gambar tersebut.
(Usaha-usaha sedang dijalankan untuk mencari kerja2 tangannya yang kebanyakkannya menjadi koleksi dan simpanan para pembeli karya-karyanya. Kita sedang menunggu dan sekiranya Berjaya, karya-karya tersebut akan kami paparkan di entri yang akan datang…)
Rupa-rupanya lukisan yang b lukis bukanlah ditekapnya.. Gambar itu ada di hadapan dan tangan pantas membuat garisan seperti yang ada. Kalau pun tidak 100% serupa, tetapi memang diakui 100% tak sama… mari kita sama-sama ucapkan selamat hari lahir kepada si kecil ini. Sapa yang meluat dan rasa b perasan bagus, lantak la..kalau tak suka jangan baca…
Sekian lintas langsung dari wartawan kami di kediaman si kecil nik arina….cayalah b
No comments:
Post a Comment