Saturday, August 28, 2010

pasangan teristimewa....


agak lambat post n3 ni....nak cari idea tak juga kuar-kuar. wish birthday dr sms pun lambat juga. sabtu yang tepu. apapun dah tentulah awal-awal pagi tadi permaisuri dah wish, kan?
selamat berulangtahun untuk zuraimi...yang ke berapa, pandai-pandailah cari sendiri...tengok makwe dia menempek jer tu...istemewalah tu. jangan tak tahu, kalau dulu ulang alik banting cheras pejam mata pun boleh sampai. dicarinya pelbagai kerepek di sana, pisang, ubi, keledek habis diangkutnya bawa balik ke umah. penuh rumah dengan kerepek, bayangkanlah macam mana pula keadaannya dalam kereta beliau!

diangkutnya latif atau aen membantu, jadi buruh kasar terutama menjelang hari raya. bungkus kerepek-kerepek tadi sebelum diedar kepada pelanggan-pelanggan yang sudah menempah awal. memang tak menang tangan.

lepas tu, buat insuran, mengambil tempahan kain baju, setangga lagi, niaga kerongsang (sensitif sikit poksu dengar...ehemmmmmm, sabo ya mi & liza,,,jangan kau naikkan interest sudah!) kerongsang ni menjadi juga, diborong pulak tudung atas jenama sendiri....zuraimi ni juga mempunyai kepakaran yang tersendiri. segala macam bunga nak di bonsainya. banyak bunga kat umah hasil titik peluhnya. kalau boleh projek tahun depan nak suruh dia bonsaikan pokok durian...

mudah=mudahan apa juga yang diusahakan itu akan terus diberkati dan dapat berada dipuncak kejayaan...

tengok liza, dah tersenyum sebelah zuraimi.....mengecap kejayaan sebagai usahawan yang telah berjaya...

No comments:

Post a Comment