Friday, August 13, 2010

jika benar ini takdirnya...

hari ini toksu nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR buat Fauzan Yunos....pagi2 lagi toksu dah antar sms kat fauzan. dah besar tentunya anak mak ni. putera sulong sarimah & yunos. terlalu lama aku tidak menatap wajah jejaka ni. semasa menetap di kl dulu, masih terlalu kecil. bila dah berpindah ke layang-layang sukar pulak nak kerap bertemu. baru-baru ini masa bonda tijah jatuh sakit, sarimah datang pun berdua sahaja bersama yunos.

semoga fauzan sentiasa menjadi insan yang berguna kepada kedua-dua ibubapanya serta masyarakat.

dan selepas solat jumaat aku menerima sms dari shahrudin sharif.

shahrudin ; blog saya satu lagi yamah.wordpress yang merupakan luahan rasa kehidupan
hati hati membacanya.

shahrudin seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini merupakan cucu kepada wak satinah, kakak kepada bonda tijah berlainan ibu. bila berkesempatan aku terus membuka blog yang dimaksudkan itu. dari beberapa entri aku menemui sesuatu. dengan berdebar, aku segera menghubungi sharudin.

shahrudin ; saya akan jawab di blog...

jawapan yang benar-benar mendebarkan aku untuk menanti bilakah shahrudin akan memberikan jawapan. malam ini? esok? lusa? seminggu? dua minggu? atau bila? aku perlu belajar lebih banyak bersabar.

bonda tijah rinduku dan kasihku padamu tak kan pernah padam-padam




TAZKIRAH RAMADHAN 3

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw, sabdanya: "Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum."


Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam keempat:
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

No comments:

Post a Comment