jam 6.45 pagi, 11 ogos...oteh menghantar pesanan...SALAM ATUK USU...ANGH DH SELAMAT MELAHIRKAN BBY GIRL KUL 5.15 PG TD....
syukurlah, begitu aku membalas kembali pesanan ringkas kepada oteh. beberapa minggu yang lalu, oteh ada memberitahu, dia dan angahnya (suhaida) terkilan sebab tak dpt hadir semasa pertemuan keluarga 3 syawal nanti. kedua-duanya masih dalam pantang ketika itu. dan pagi tadi, berita gembira itu dikhabarkannya pada ku. saat ramadhan yang hening, saat pertama kehadirannya pada 1431hjrh ini, angah, anak kepada saadiah dan musa selamat melahirkan cahaya mata keduanya. seorang puteri..kehadiran mu...telah tersedia hamparan putih di segenap penjuru sepanjang usiamu puteri kami...
suzana jangan bimbang ya, insyaallah, oteh juga akan selamat nanti...banyakkan berdoa moga oteh juga mendapat cahayamata yang comel...tak sabarkan...ya lah nak tunggu first baby...bertambahlah bajet kitaorang nanti...
tahniah juga buat saadiah dan musa. senyum kalian berdua tentu tidak lekang dan segera menghapuskan resah menanti kelahiran cucumu...cucu saadiah pula merupakan CICIT ku....dah berderetttt cicit ku....sala, mas, aen, noreha, ct, maya...cammno ne...hukhuk...poksu lebih tua dari saadiah nampaknya...saadiah baru 6 cucu...tapi aku dekat 10 cicit...misrah jangan senyum-senyum eh
mari kita berteka teki, siapa yang sedang bergambar dengan tok ketua
kampung? yang mana satu, suhaila, suzana, sharmila, suzilla dan suhaida?
siapa nama ketua kampung dan nama isterinya yg berpakaian raja bagai? aen
jangan la saman paksu sebab curik gambar ni,,,duit saman utk belanja tawen eh?
TAZKIRAH RAMADHAN 1
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesugguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: "Aku ini puasa."
Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi.
Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya."
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:
Malam kedua:
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
ait... mana dpt pic ank2 sdare ain ni... ni nak kuar saman ni...huhuhu
ReplyDelete