
ketika berada di puncak selepas hentian lanchang, hati benar2 damai tenang. kabus. dingin. memang sekitar di situ begitu. apatah lagi ketika dinihari. wktu aku melintasi kawasan tersebut, jam menunjukkan sudah 9.30 pg. memang dingin seperti di puncak genting.
jalan cempaka 5 setia menanti seperti dua minggu yg lalu. bonda baring terlelap di tilam. aku kucup pipi dan tangannya menyebabkan bonda membuka mata dan duduk perlahan. bersalaman seperti biasa. kanda menjemur kain ketika aku sampai. maafkanku kerana lama tak jenguk lanchang. pada awalnya sala menghalang aku datang awal....takut tak dpt jumpa...apakan daya ku! kempunan juga aku tak dapat rasa kropok lekor losong. syira yg setia bersama mamanya segera menjerang air. sian syira, tanpa sala, mas atau ct membantu.
kakak mengeluarkan sesuatu dari peti sejuk. menasihatiku agar makanan itu biar hilang sejuk. ooo, teringat suasana dingin di perjalanan tadi. kek yg baru keluar dari gua persembunyiannya rupanya lebih sejuk dari cuaca tadi.
kanda kanda. kenapalah kek yg kalian potong semasa ulangtahun su, masih disimpan. benarlah kata mas dan sala, mamanya menyimpan kek tersebut untuk aku. rasanya kek tu pun dah tak sanggup lama2 dok dlm peti. dahlah sejuk, sorang2 pulak tu.
sebenarnya kek tu sentiasa bimbang dan takut dok kat peti lama2. mana tidaknya seminggu lebih penghuni umah kanda asyik buka tutup peti, sentiasa menjeling ke arah kek. yg selalu membuat jelingan geram kat kek tu dah tentu sala. hampir2 menjadi mangsa jelingan sala...melampau kau sala. dah banyak kau makan kek ari tu, yg sikit utk pksu pun kau nak belasah jugak.
cita2 sala besar, nak menjamu aku dengan ayam xpenyek. habuk, sampai sudah sala tak berani nak balik umah tunjuk muka kat aku...last2 aku makan bawal...best kan syira. wlu sunyi dari keletah sala mas atau maya dan ct, aku tetap dpt melepaskan rindu pd bonda, kakak dan syira.
membantu si syira yg terkial2 memetik mangis. jahanam daun mangis tu disebat syira. membebel je lah kanda. kalau jatuh mangis tu, nanti keras. tak sedap makan. ala kak, jambu batu yg keras tu pun org telan..

kakak tegur juga kenapa tak balik sabtu ahad. banyak rozi turunkan rambutan, manggis dan langsat. aku kesian tgok rozi ni. betullah dia tentera, balik lancang pun kena kerah juga. untung kau su, rozi ringan tulang rajin, kepakaran bukan takat meniaga kerepek je.
paling aku nak tergelak, ahhh pksu sian sebenarnya rozi. rozi ni bkn je pandai turunkan rambutan, batu bata yg diikat buat dinding pun dia jatuhkan juga. terlentang si rozi ke tanah hari minggu tu. kau tgok tu sala, maya, ct dan masz...susah payah abg ipar kau nak buat dapur, semata2 nak guna untuk majlis ehemehemehem nanti. kau tak kenang jasa rozi tu, tak tau lah poksu. suraya pun dgr cetanya ambil tender sebagai kontrek ikat batu bata juga kat situ. aku nak panjat tebing memetik langsat tu pun, dah macam2 doa ku baca..tu yg dpt petik sikit je tu. tapi kanda misnah dah tunjuk skil tangkap gambar...gambar tu, dia yg ambil setelah aku paksa....hahahaha
nak harapkan sapa lagi kan? safuan tak balik minggu ni. kalau karim balik, balik lah si kembar tu. tak berani lagi safuan tu nak dtg sorang2....alah, tak payah ikat batu bata pun safuan dengan suka relanya jengah juga budak tu kat situ...sala jd lah muslimat yg sejati eh. amik pengalaman sebagai muslimat pas. org terkaya kat cempaka ni sala sebenarnya. apa tidaknya dia ni bendahari pas caw chempaka.
ada apa2 mjlis pas, rozi dan su lah juga yg bertungkus lumus buat hamper. kenduri kahwin berguna nanti si rozi dan su ni. kena juga kau rozi. memang tak leh nak elak pun...

syira buah hati kanda misnah, terima kasih buatkan teh susu utk pksu. rupanya syira ni memang dah pandai buat teh. kalah kau sala. tadi sala tak balik, taklah kempunan teh tarik. pksu sayang syira, terimakasih beri perhatian pada atok semasa atok di sana. pksu tetap ingat jasa syira yg tidak kecil itu. syira lah penawar hati kanda misnah ketika yg lain keluar mencari rezeki.
KASIH DAN SAYANG AKAN LEBIH BERMAKNA ANDAI KITA BENAR MEMBERIKANNYA DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TULUS. LEBIH BERERTI DARI SEGALANYA. BUKAN HARTA DAPAT MEMBELI KASIH SAYANG...
No comments:
Post a Comment