Wednesday, August 18, 2010

angin rindu ke utara...


aikkkk...naper ni. eh...interfrem la. kenapa ni...ya allah. kenapa tetiba gambar ini ada kat sini. rasanya ni orang sinun...

kalau nak tau dialah yang selalu menghuru harakan cafe makwan. dia tak lain tak bukan chef sala..kalau kat dapur, serahkanlah kat dia ni gerenti beresss..ngeteh pun beresss. kuar jam 8 pagi menuju ke temerloh...selalunya kalau di temerloh dia akan mencari keropok lekor untuk dibawa pulang jam 5.30 petang.

terlanjur dah gambo dia menyelit kat atas, terpaksalah ceta pasal dia, tak pasal-pasal pulok ngusik dia ni. balik petang, jangan nak kacau dia. lepas solat, tempat yang dituju ialah dapur cafe. beri lah apa sahaja bahan kat dia, secepat kilat akan dikerjakannya.

sala sala...menjelang perayaan hari keputerian bondanya tercinta, sala bersengkang mata seminggu sebelumnya. menyediakan segala persiapan perayaan dua hari dua malam. tapi jangan lupa ya sala, talapia goreng panas-panas kesukaan hamba. cuba perhatikan betul-betul, dengan teliti; apakah persamaan tuan gambo di atas dengan tuan belog ni? teka je, tak kena bayar pong..


poksu nak ceta pasal anak saudara poksu nun di utara sana. hisham...SELAMAT BERULANGTAHUN...subuh-subuh tadi sempat poksu antas sms lepas sahur...

18 ogos 5.55 pagi..

rafidah (sham) ; salam, terima kasih atas ingatan pak usu semoha allah melimpahkan rahmat untuk pak usu sekeluarga di bulan mulia ini..salam untuk semua...


tak ramai anak-anak saudara poksu ya merantau jauh. antaranya rafidah dan hisham. rafidah puteri kedua kanda misnah/almarhum kanda zainudin. sebelum bekerja di kulim, rafidah bertugas di temerloh untuk beberapa tahun. sementara suaminya pula di kelang.

dan kini kedua-duanya menetap di kulim. dekat sikit dengan keluarga hisham yang juga berasal dari sana. ironinya bila mengingati hisham, poksu masih teringat sehari sebelum hari pernikahan hisham dan rafidah, keluarga hisham telah dikejutkan dengan berita yang amat memilukan.

bonda tercintanya telah kembali kerahmatulullah..hati siapa yang tidak pilu. saat ingin meraikan hari yang amat bahagia dalam dalam hidupnya, tiba-tiba ibu tercinta tidak dapat merai bersama. semoga hisham tetap tabah menghadapi semua ini.



TAZKIRAH 8 RAMADHAN

Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah puasa sehingga kami katakan beliau tidak berbuka. Dan beliau pernah berbuka sehingga kami katakan beliau tidak puasa. Belum pernah saya melihat Rasulullah saw. mencukupkan puasa sebulan selain bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat beliau berpuasa (sunat) lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban."

No comments:

Post a Comment