
semalam toksu mintak maaf banyak-banyak. bukan tak nak post entri kat belog, tetapi ada pelbagai kengkangan...jadi hari ni sempena hari yang amat istimewa toksu nak ucapkan SELAMAT BERULANG TAHUN UNTUK KHAIRUL ANWAR ISHAK...tak tahulah toksu, anwar dpt tak sms toksu semalam...
16 ogos; jam 4.32 ptg (sms)
toksu ; slmt b'ulangtahun utk anwar, cucu atok, moga diberi kberkatan mjalani hdup ini...salam dr atok usu nin...
anwar ; .............
dan pagi ini, ada dua lagi cucu toksu yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka...SELAMAT ULANGTAHUN SUZANA MUSA DAN FARIS ISHAK...semalam anwar hari ini faris berturut-turut anak misrah dan ishak dua hari ini ya...
toksu sempat menghantar sms kepada suzana yang sedang berdebar menanti kelahiran cahayamata sulongnya.
17 ogos.. 8.27pagi (sms)
suzana : trima kasih atuk usu...doakn bby oteh cpt kluar yer n mudah utk brsalin...amin...
8.37 pg (sms)
suzana ; tu la...kalo arini mmg best sgt...hehe...sme ngn bsday oteh...insyallah nti oteh smpikn salam kt hris...
memanglah sapa yang dapat mempercepat dan menundakan takdir allah. mengikut jangkaan doktor, oteh akan due pada 20 ogos ini, hanya tinggal 3 hari saja..sabar dan banyakkan berdoa ya oteh...setidak-tidaknya inilah hadiah yang paling berharga utk oteh sempena ulang tahun kelahiran oteh..
ala oteh, dah bertahun dengan unifom kat masterskill, berdebar lagi kerrr. dasat oteh ni...lain lah atuk su yang tak der apa-apa skill pun, memang patut seram sejuk...
dan tersenyum meleret-leret lah bercampur senyum sumbing saadiah dan musa. baru minggu lepas dapat cucu, bila angah bersalin...tak pe musa, hasil jualan kayu getah tentu masih banyak untuk hulur angpau yang bertambah raye ni. kan rezeki tu namanya. tak pon kau bagi budak-budak tu potai jo banyak-banyak...
@terima kasih kepada aenphotography yang dengan paksarelanya hasilnya disiarkan
gambar atas adalah pasangan saadiah saring & musa sabar disandar oleh suzilla. gambar bawah suzana yang sedang menanti cahaya mata sulongnya
TAZKIRAH 7 RAMADHAN
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya ada seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah saw., katanya; "Ya, Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan beliau ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah saya puasa untuk membayar puasanya itu?"
Jawab Nabi saw., "Ya, boleh!"
Dan beliau bersabda menambahkan, "Hutang kepada Allah lebih berhak...untuk dibayar."
No comments:
Post a Comment