Monday, September 20, 2010

RAHMAN...selaMaT jALan anaKku..

bila rahman mohon untuk bermalam di rumahku sebelum ini, aku memang tiada jawapan lain kecuali, memang aku berharap dia sudi bertandang dan bermalam...petang yang dijanjikan, ku kira dia akan menaiki bas dan akan turun di bukit jalil dan aku akan menjemputnya. rupa-rupanya tidak.. jam 7.00ptg dia menghubungi telah berada di sekitar rumahku. bertolak bersama rakannya, berkereta dari kampung.

malamnya kami berbual banyak perkara. dot dot dot sebelum masing-masing terlelap.

bersarapan lontong pagi td sebelum menghantar ke kem transit. sayu wajahnya menandakan berat kakinya untuk meninggalkan mak ayah serta yang lain. malam tadi dia memberitau nurulaini menghantar sms syahdu, mohon maaf kerana tak dpt berjumpa sebelum dia bertolak.

ungkapan pendek ku...sebelum pintu kereta ditutupnya dan dia melangkah...man, jaga diri baik-baik di sana ya.. aku pulak yang berat untuk memandu pulang. (sepanjang syawal, kami kerap bersama...menjadi teman saat ke layang-layang)

1 comment: