Friday, September 24, 2010

mujur KaKAk aDa anaK2 yg meMAHami...


agak lama sharudin tidak meninggalkan sebarang catatan di blognya. benarlah, walau jarang kita dapat bertemu pandang, tetapi sekurang2nya dapat mendengar berita walau sepatah pun sudah memadai untuk merungkai sebarang pertanyaan. dalam bulan ramadhan ada juga satu dua di coretkannya. dan sewaktu menyambut lebaran sharudin sekadar menitipkan ucapan selamat aidil fitri...aku menunggu juga sebarang perkembangan dari beliau.

semasa pertemuanku setelah sekian lama tak bertemu ada aku membuka mulut mengundangnya untuk sama2 meraikan pertemuan keluarga 3 syawal yang lalu. dan pada hari meraikannya, shahrudin tidak dapat datang. tambah merisaukan apabila, pesanan ringkasku menjelang aidilfitri tidak bersambut...apakah beliau tidak sihat. anehnya, aku tidak pula cuba menghubungi secara terus...


bila aku membelak-belak blognya hampir setiap hari walau tidak sebarang catatan terbaru, akhirnya beberapa hari yang lepas...shahrudin menulis beberapa catatan dimulai dengan kehadiran emaknya ke laksamana awal pagi (jumaat 24 sept 2010). tanpa berlengah aku menghubunginya untuk menjengah ke rumahnya untuk bertanyakhabar kak yamah...

menyalami kak yamah, sama seperti aku menyalami saudara2 tua ku yang terdekat. kak yamah tetap saudara sedarah denganku...setelah 7 tahun tak ku genggam tangannya...kali ini tentu sekali berbeza, kerana kak yamah ketika ini adalah insan yang perlu lebih cekal, kembali sendirian setelah abang sharif kembali menemui yang maha penciptanya 2 bulan yang lalu. kalau dulu, saat kugenggam tangannya ketika wanita ini masih ditemani suami tercinta.

aku berbual panjang, hampir tiga jam adalah jarak masa yang amat tidak mencukupi untuk menghuraikan segalanya hal-hal keluarga...kak yamah, aku, sharudin dan nor terlalu leka melayani masalampau yang tak pernah padam dari ruang fikiran kami.

aku membawa bersama beberapa keping gambar lama, tanpa lain niat, ianya semata2 untuk ku tunjukkan kepada kak yamah dan shahrudin...agar dapat menjelaskan siapakah mereka di gambar2 lama yang sebahagiannya dirakamkan sebelum aku lahir lagi. dan satu yang dapat kak yamah jelaskan pada gambar yang di atas sekali... yang di tengah itu adalah kak imah (ramnah@saemah jafri - w.emboh) gambar di atas sebenarnya telah diberi oleh kak imah juga pada 1 june 1970 kepada kak kamisah (misnah) mengikut catat di belakang yang tentu sekali tulisan kak imah berbunyi: kapada mak chek misnah. terima-lah pemberian saya yg tidak sepertinya ini buat kenangan-2

kalau kak kamisah membaca catatanku malam ni, mustahil kakak tidak dapat mengingatinya....nor, isteri sharudin memberitahu padanlah, antara tiga gadis di gambar tersebut, dia tidak mengenali gadis yang tengah. sebabnya kak imah sekarang ni ustazah...

insyaallah, bila ada kelapangan...aku ingin menyambung catatan ini...

No comments:

Post a Comment