
barangkali belum terlambat untuk ku hulurkan salam dan ungkapan salam lebaran untuk seluruh ahli keluarga besar ku...untuk kanda hjh saeimah/hj abas...anak2 serta cucu2, anak2, cucu2 serta cicit allahyarham kanda boniah/allahyarham kanda saring, anak2 serta cucu2 juga kanda hjh aminah/allahyarham kanda hj misran...kanda samad/kanda sulimah serta anak2 juga cucu2...kanda kamisah/allahyarham kanda zainudin..juga anak2 dan cucu2 mereka.
kesempatan berada di kampung, puas aku menyelongkar di sana sini dan aku pasti sangat semasa menjelang aidil fitri 1983, aku pernah membuat kad hari raya di studio tempat kerja ku ketika itu - di majalah keluarga! jun 1983, begitu yang tercatat di kad tersebut. tentu amat bermakna bila kad ucapan itu, aku sampaikan saat meraikan lebaran 1431H tahun ini. bererti aku mengambil masa 27 tahun menyimpan kad tersebut hanya sekadar untuk mengulangi ungkapan tersebut.......

selain tu aku juga menemui kad aidil fitri dari lancang pahang...tak dapat dipastikan bilakan tarikh sebenar waktu itu. yang pasti dari penanda tangan adalah dari rofidah..

begitu juga yang di atas....tak dapat juga dikesan aidilfitri bilakah rofidah mengirimkannya kepada nenek mereka di kampung.

dan yang ini, juga dari pahang, tidak tahu aidil fitri bila..yang pasti ketika itu, anak-anak kanda kamisah dan zainudin belum ada seorang pun yang bekerja. mereka masih kecil...kali ini dari RIM....dah besar karim sekarang

sekian lama aku tidak melayangkan sebarang kad aidilfitri..barangkali sekitar 13 tahun lamanya, tidak membeli, mengeposkan kad kepada bonda. dan tidak hairanlah kad di atas merupakan kad terakhir aku kirimkan, ketika ayahanda tawaf masih ada...agaknya kerana bonda menyedari aku takkan mengirimkan lagi, bonda pun mengambil keputusan untuk menyimpan kad yang terakhir sebagai tanda kenang-kenangan dari ku..malangnya, ada beberapa contengan di situ...biasalah..
tu tulisan nenek!!
ReplyDelete