
beberapa hari sebelum 1 syawal latif memberitahu dua buah khemah akan dihantar. dan kerja-kerja pemasangan perlu dilakukan sendiri oleh ahli keluarga. bagaimanapun yang merunsingkan, sewaktu khemah dihantar, latif akan berangkat ke pontian kerana menyambut syawal di sana. kalau tidak beraya di pontian, tidak mustahil sengkang akan bermandi air mata dan lebih dahsyat banjir airmata pulak nanti...

keputusan dicapai bahawa dua buah khemah tersebut dipasang secara beramai-ramai pada syawal ke dua. ini kerana pada hari tersebut, ramai yang akan berada di kampung. tentu tidak sukar untuk mendirikannya berbanding mendirikan masjid....kerja berat menjadi mudah. nampaknya masa latif mendirikan masjid dah nampak hasilnya....

sebelum itu, keluarga dari lancang pahang sudah pun menghantar tidak kurang dari lima buah hamper untuk hadiah pelbagai kategori. terima kasih masitah, su, sala, rozi...dalam letih menjalani ibadah puasa, sanggup memandu sejauh itu menghantar barang-barang cenderamata. terima kasih daun keladi...takat khemah lima buah kita boleh usung ke lancang nanti....ada sanggup ke tokey kanopi dari segamat...

mungkin ada juga penduduk kampung yang tertanya-tanya, gerangan apakah majlis yang akan diadakan di rumah hajah aminah, syawal2 begitu. berkhemah bagai...majlis untuk hajah aminah ke? majlis aen ke? atau menyambut baby si latif/eija ke?
sesudah berpeluh, berkeringat mengangkat rangka-rangka khemah, akhirnya berdiri jugak akhirnya. makan time pun telah tersedia oleh orang dapur. nasi lemah, roti canai dikerumun beramai-ramai, maklumlah sebulan tak makan siang hari.
sebelum ni latif ada menyuarakan kebimbangan soal persiapan makan pada hari karnival. semua katering menggeleng kepala, tak sorang yang mengangguk setuju untuk menyediakan makanan pada 3 syawal nanti. dalam terpaksa kasihan, akhirnya bonda zuraimi sanggup untuk menyediakan asam pedas. akak sulimah sanggup membawa roti jala...cuma lemang seratus batang je tak nampak, sebab menurut katanya, buluh tak tumbuh sewaktu musim puasa...
mujur zuraimi, ramlah, liza, daly, latif, aen, ina, nora, eija, man tangkas di dapur. tapi kesian tengok eija,,,,termengah2 ke sana-sini...kerja-kerja memasak ditanggung beres kalau tangan2 anak menantu hajah aminah yang menguruskannya.
yang paling meriah dan seronok adalah kanak-kanak ribena....yalah raya ni kan memang untuk mereka....yang dah tak muda lagi ni berpeluh2 nak melayan budak2 nak meraya...kalau daun sawit boleh jadi duit, memang berjela2 mak bapak nak beraya sakan....
berdebar, dan rasa tak sabar untuk menunggu esok...3 syawal....apa2 hal perut kena isi terlebih dahulu...
yang paling mendebarkan apabila ada ahli keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri...alangkah hampa, bila pertemuan pertama kali ini yang dirancang sebulan ini tidak mendapat sambutan. semoga tidak begitu, itu doa kami....mujurlah 4 pu3 lancang awal2 muncul malam tu...baru 0.02% yang datang....huhhhh
No comments:
Post a Comment