Monday, September 20, 2010

KArniVaL...sekiTar PerASMian..


aku telah menduga lebih awal sebaik diumumkan agar semua berkumpul di khemah utama. sangkaan ku tidak meleset. norul latif cuma mampu menuturkan tidak lebih sepuluh perkataan sebagai pembuka acara. aku tau, dia terlalu sebak ketika itu.

di tempat utama, anakanda2 bonda tijah duduk sebaris. kanda samad, kanda hj abas, kanda sulimah, kanda hjh saeimah, kanda kamisah, kanda hjh aminah, bonda tijah, paman aman dan bibik tuminah. setelah doa dibacakan oleh cucuanda hamdi hamid, disusuli bacaan puisi berjudul ibu oleh cucuanda arina dan cicitanda miza afiqah. kemudian diikuti pula ucapan wakil keluarga di pihak anakanda2 bonda semua. marhaban telah dipimpin oleh kanda hajah aminah..

aku cuba untuk memberi ucapan sebaik mungkin, tetapi ada suatu yang menghalang. dan ucapanku 3 syawal itu sewajarnya seperti di bawah:


Bismillahirahmanirahim

Asalamualaikum wrhbt…

Yg amat saya sayangi cintai, bonda tijah Hassan ahmad, paman aman, bibik tuminah, juga cinta kasih untuk kanda hjh aminah hj sirat, kanda hjh saeimah tawab, kanda hj abash j hasan, kanda samad tawab, kanda sulimah wakidi, dan kanda kamisah

Izinkan untuk saya membahasakan diri busu di sini, kerana ini lebih mendekatkan kita seluruhnya.



Terlalu amat bersyukur rasanya, bila majlis kecil tetapi amat besar maknanya ini, dapat kita hadiri, dpt kita sama-sama meriahkan dalam ikatan kekeluargaan yang penuh kasih sayang ini. Terlalu bermakna sebenarnya dengan kehadiran seluruh anggota keluarga yang sanggup mencuri ruang, apatah lagi kita seluruhnya sedang dlam suasana menyambut lebaran, terpaksa meninggalkan kampong halaman masing-masing, meningalkan sanak saudara yang lain, semata-mata hanya untuk sama-sama berkumpul di sini.



Ironinya di sinilah tanah tumpah asal, bonda ayahanda, atuk nenek masing2 di lahirkan. Di bawah satu bumbung yang hampir 80 peratus yang ada di sini tidak pernah tahu,,,,di mana berakar umbi sebelum ini.



Bila saudara norul latif memberi ruang untuk busu berdiri di sini menyatakan sesuatu, busu benar2 menolaknya. Selain dari bukan busu orangnya yang layak berdiri di sini, tetapi hati kecil busu mengatakan bahawa, apakah busu mampu menghabiskan kata-kata ini sehingga akhirnya….mungkin wajar busu memohon keampunan sekiranya, busu tidak kuat, dan terpaksa menghentikan kata2 ini lebih awal…



Mungkin inilah masa yang tersisa untuk kita sama2 berkumpul,,,walaupun sebelum ini busu pernah mencadangkan kepada almarhun kanda misran beberapa tahun semasa hayatnya untuk menghimpunkan seluruh anak cucu cicit bonda tijah dan ayahnda tawaf. Namun, segalanya hanya tinggal perancangan, bila masing2 dihambat oleh keadaan.



Bila bonda tijah jatuh sakit pertengahan mei yang lalu, latif mengusulkan hasrat untuk menghimpunkan seluruh keluarga..dan tanpa memikirkan apa2, busu menyetujuinya. Barangkali latif terfikir kerana dia sendiri sudah berkeluarga, dan berdebar2 menanti orang baru oktober ini, tentulah teringin untuk melihat keluarga besar ini bersatu, saling mengenali sesama sendiri.. Benarlah, kita seakan kesuntukkan waktu…siapakah ada di antara kita yang terfikir bonda tijah masih diberi ruang untuk menatap wajah piutnya.



Malah, busu sendiri kalau dapat diundurkan masa, amat teringin untuk menatap wajah atok dan nenek busu sendiri….namun ianya tidak kesampaian. Rasanya anak2 bonda tak seorang pun yang dapat menatap wajah atok dan nenek kami..busu dan kanda2 yang lain cuma sempat mengenali dan memanggil emak dan bapak… ada tidaknya, busu hanya sempat kenal dan memanggil embah muti, iaitu nenek tiri kami…

Dan kita bersyukur, dapat mengenali mendekati nenek, moyang masing2..




Sejak beberapa bulan yang terakhir ini, busu lebih mesra memanggil anak2 saudara busu sebagai anak2 busu juga…dan bila melihat keadaan bonda yang kian uzur, busu amat teringin untuk menulis sesuatu…dan kerana itulah busu wujudkan blog, walaupun tak ramai yang dapat membacanya, tetapi setidak2nya busu dapat merapatkan hubungan sesama keluarga yang lain. Dan apa yang penting, kita dapat menoleh ke belakang membaca sejarah masalalu kita.



Benarlah, untuk mengadakan majlis sebesar ini terlalu amat mudah walaupun rumitnya tetap ada. Apa yang lebih mencabar adalah untuk menghimpunkan keseluruhan mereka. Tapi busu percaya, waris2 generasi ayahanda tawaf bonda tijah, adalah generasi yang memiliki luhur hati yang amat ikhlas, yang mudah untuk dibawa berunding. Biarlah orang mengatakan kita miskin harta tetapi di hati kita tertanam ketulusan nurani yang amat tinggi. Kita adalah generasi yang mewarisi ungkapan aur dan tebing..



Busu tidak berhasrat untuk menyatakan lebih dari ini, cukuplah selain busu sendiri, setiap waris yang ada pada majlis ini, tentu mempunyai sejarah, kenangan yang tersendiri terhadap keluarga masing2..



Sekiranya ada yang berkesempatan, jengah2lah tulisan busu sebagaimana yang telah maklum. Kalau dibiarkan busu meneruskan kata2 di sini, rasanya memang busu tak kan meneruskan ungkapan lain lagi, kecuali menamatkannya. Pengalaman mencatatkan kenangan di blog, hanya anak2 busu yang tahu ketika busu menulis.

Terima kasih kepada keluarga kanda kamisah, sala, masitah, noreha, suzila, zin, dali dan aen yang memberi respon kepada tulisan busu. Busu tak maksud untuk memaksa menitiskan airmata anak2 busu ketika membacanya, tetapi kita tak mampu untuk menidakkan hakikat, tidak mampu berselindung dari sejarah. Busu sendiri sebak bila tiap kali membelek2nya.



Apa yang lebih penting di sini busu ingin menyatakan sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama dari seluruh keluarga, busu ingin menubuhkan persatuan Gabungan Pembangunan Sekeluarga1jiwa…dengan perancangan yang lebih tersusun yang akan dijelaskan kemudian. Selain kita boleh menubuhkan koperasi keluarga jika kita mahu. Untuk permulaan sebagai tabung busu sarankan tanpa paksaan untuk membeli/menderma seberapa yang mampu dengan mendapatkan buku permata zaman..



Rasanya cukuplah setakat ini busu akhiri kata2 ini, dengan ungkapan sekiranya masalalu kita terlalu pedih untuk dikenang, kita ketepikan sahaja, kita cipta dan bangunkan hubungan yang lebih indah dan manis antara sesama kita. Melupakan yang pahit akan lebih bermakna sekiranya kita saling memohon dan memberi maaf…

Salam sayang untuk seluruh keluarga besar ini. wasalam

2 comments:

  1. thumbs up t0 pksu.....
    lau ade yg merecord detik2 indah tu msti lg besh kan.....hurrmmmmm

    ReplyDelete
  2. mmg ada hasrat untuk video.. tp kesuntukkan masa.....

    ReplyDelete