tanpa banyak bersoal bicara, APAD (zulfadli) salah seorang anggota kumpulan nasyid terkenal RAIHAN menyanggupi untuk hadir ke karnival keluarga 2010. setelah berbual di telefon, kami bertemu di rumah dan berbincang sekadarnya. apad pasti datang.
pagi 3 syawal apad menghubungi, menyatakan dia sudah berada di melaka, dan akan sampai sebelum zuhur. seperti dijanjikan dia tiba tepat pada masanya.
kami sekeluarga sempat berjemaah solat zuhur di ruang legar mahligai kanda hjh aminah, dengan diimami oleh cucunda hamdi. selesai solat majlis dimulai semula dengan MAJLIS PELANCARAN BUKU...WANITA DI SISI ISLAM; PERMATA ZAMAN..
dalam ucapannya ustaz zulfadli menyatakan betapa tanggungjawab anak2 terhadap ibubapa amat penting. mencari keredhaan dari ibu demi kehidupan anak2 menjadi sempurna. sementara ibu masih setia di sisi anak2, maka kesetiaan, ketaatan anak2 haruslah mengatasi kasih sayang ibu terhadap anak.
atas keikhlasan ustaz zulfadli, beliau dengan berbesar hati melagukan sebuah lagu mengenai ibu. selesai menyanyikannya, beliau berselawat marhaban...kelunakan gemersik alunan suara beliau telah meruntun hati seluruh keluarga. dan, hampir sebahagiannya mengalirkan air mata, meluruh membasahi pipi. sebak yang tak dapat ditahan petang itu mengundang seribu makna pada kami yang mengamati tiap alunannya. memuji kebesar ALLAH...menginsafi kami
usai ustaz zulfadli berselawat, beliau menyempurnakan majlis dengan melancarkan buku yang diterbitkan oleh IP...secara kebetulan kulit buku memaparkan dengan mengabadikan wajah nenek tijah..ustaz zulfadli menurunkan tanda tangan pada backdrop yang melatari belakang. sempurnalah sudah segalanya.
sesi seterusnya ialah menandatangi autograf. tak menang tangan ustaz melayani kerenah keluarga besar ini. di sana tarik minta autograf, di sini minta bergambar kenangan, celah2 tu ada pulak yang membeli cd dari album RAIHAN. tak kurang juga yang ingin berbual2 pada kesempatan yang amat singkat itu.
dan yang paling menarik pada sesi petang itu ialah pertemuan antara dua artis iaitu RAIHAN dan "MAWI"....cubalah bandingkan artis ini....
pendek kata seluruh keluarga besar ini tak puas untuk berinteraksi bersama ustaz. insyaallah jika diizinkan ALLAH pada pertemuan dan di majlis yang lain, kita akan mengundang beliau lagi..
terima kasih yang tidak terhingga APAD...
mujurlah orang-orang kampung tidak diwarwarkan kehadiran apad, kalau tidak sukar juga untuk mengawal keadaan petang itu. kemungkinan majlis akan dipindahkan ke padang sekolah, bila halaman keluarga tidak dapat menampung kebanjiran penduduk kampung.
tak sia2 daly memandu carlina dari kota baru ke sengkang. maklumlah keta tu dah berenjin turbo...apalagi, drif la daly dengan si bapa budak baru tu (latif)
carlina tu ko tuko kala pink jerr la....(tak pasal2 ceta kereta pulak aku ni...)
No comments:
Post a Comment