
kerusi ini masih setia di rumah bonda...ke manapun penghuninya berpindah, mustahil sebuah kerusi lama ini akan ditinggalkan begitu sahaja. siapa pun yang pernah hadir menjengah kediaman kami di kampung, tentu masih teringat kerusi itu..kerusi kayu...dan aku tidak pernah terfikir bahawa usia kerusi lama itu telah menjangkau usia 60 tahun. benar, memang aku pernah tahu kerusi tinggalan almarhun ayahanda tawaf itu merupakan kerusi lama. tetapi, aku tidak pernah mengambil tahu lama mana ia telah ada di sisi bonda hingga setakat ini...ironinya...saat aku mengabadikannya 3 syawal yang lalu, aku menangis..-untuk pertama kali dalam hidupku, malam ini ketika aku mencatatkan kenang-kenangan ini...aku menyebut namamu ABANG..seorang insan yang tidak pernah kukenal rupa parasnya, sekadar ku tahu dia pernah lahir dari rahim bonda tijah...ALMARHUM KANDA MOHD. RABU...aku kesal kenapa selama ini tidak pernah terlintas kusebut namamu abang? kenapa? apakah kerana aku tidak pernah diberi kesempatan untuk menatap wajahmu?

dan....ku simpan penuh amanah gambar di atas dengan penuh kasih sayang...kenapa syawal ni ku pilih untuk mengenangmu sungguh-sungguh. almarhum kanda mohd rabu...aku sedekahkan seikhlas tulus hatiku ALFATIHAH buat mu 7 kali....
.
.
.
.
.
.
aku tak mampu bicarakan apa2...hanya ALLAH yang tahu bagaimana hatiku saat ini..
hampir sepuluh tahu ku simpan gambar mu...abang, bonda tijah pernah memberitahuku ini adalah gambar arwah abang ku...seingatku, ketika bonda memberikannya padaku, aku mencium gambarmu...aku tahu, hikmah2 yang allah berikan, janji allah yang telah tertulis mengapa kita tidak dipertemukan. mengapa abang tak dapat menunggu sehingga kelahiranku...maha besar DIA...aku tidak pernah sesebak ini selama 10 tahun aku menyimpan potretmu...tapi malam ini hati aku, adikmu gagal menghalang airmata dari gugur. aku membiarkan kelopak mataku bertakung. abang, apakah rahsianya bonda dan almarhum ayahanda menamakan namamu MOHD RABU...dan aku pula MOHD ISNIN? apakah kerana mereka berdua sudah menduga abang tidak akan lama, dan akhirnya akan mencipta kerinduan mereka berdua setelah kehilanganmu. kerinduan saat abang tinggalkan mereka berdua....
maha besar pencipta kita, sebelum kelahiran abang, bonda dan ayahanda dikurniakan seorang putri bernama kamisah. apakah rahsia bonda dan ayahanda untuk menamakan anaknya selepas itu dengan nama mohd.isnin...naluri halus ku kuat menduga, barangkali bonda benar2 mula merasai akan kehilanganmu, lalu aku dinamakan mohd. isnin..
abang,,,setelah pemergianmu dijemput ALLAH bertahun lamanya, keluarga kita telah juga kehilangan, dan kau tentunya lebih tahu. di alam sana barangkali abang telah bertemu mereka...ayahanda tawaf 1996, kanda hj misran 2001..kanda boniah 2006...dengan doa yang kerapku berikan semoga mereka sentiasa dalam perlindungan allah hendaknya.. abang....kalaulah dapatku putarkan semula saat yang telah begitu lama ku tinggalkan...tentu sekali aku tak sanggup untuk mencoretkan sejarah masalalu keluarga kita dengan airmata. aku tak mampu untuk membiarkan sebak sentiasa menghuni dalam diri sepanjang masa. tapi, di manalah batas kemampuan kita untuk kembali ke daerah itu lagi ketika ini.

surat ini menyatakan bahawa hakikat abang telah tiada...surat ini baru sahaja ku temui syawal yang lalu. bonda mengizinkan aku menyimpannya....dan terfikir olehku, ketika aku juga telah tiada nanti, siapakah diantara kami akan bersetia menyimpannya untuk tahun2 yang akan datang.
allah menjemput abang 27 oktober 1963 menemuiNYA seawal 9.00pagi....abang ketika itu baru berusia 7 tahun 8 bulan....dari tarikh2 tersebut, dalam perkiraan ku abang dilahirkan pada bulan februari 1956...dan aku tak dapat untuk merangka-rangka tarikh sebenar.. abang dilahirkan setelah 3 tahun kanda kamisah lahir ke dunia 1953.
ada ketika-ketikanya bila aku pulang ke kampung, ada salah seorang kawan abang, sekelas semasa darjah satu bernama adnan omar (anak ketua kampung)...kerap bercerita denganku tentang abang...ketika kami bertembung..kanda hjh aminah kerap bercerita padaku...beberapa hari selepas pemergianmu...petang2 atau malam2 kanda aminah kerap mendengar suaramu sekali lalu menanggil KAKAK dari luar rumah...tentu roh abang pulang berkunjung...sebab waktu2 begitu kanda aminah memberitahu adalah waktu abang datang mengaji....ya allahhhh...luruh airmata ni..abanggg, demi allah..
abang meninggalkan aku dan seluruh penghuni keluarga kita ketika aku baru berusia 2 tahun. sukar untuk ku meraih ingatan ketika aku seusia begitu...dan ketika aku menatap kerusi kayu lama yang ada di rumah kita (abang tidak pernah mendiaminya) aku akan mengingatimu. kerana potret abang di sisi kerusi kayu itulah juga telah ku simpan lama..barangkali abang ketika itu berusia 2 tahun...abanggg...rupa-rupanya kerusia itu lebih lama dari usia sebenar kita, jika ditakdirkan abang ada hingga kini...
ayahanda tawaf, kanda misran, kanda boniah, abang mohd rabu, kanda saring, kanda zainudin....tentu kalian dapat melihat keluarga besar kita bersatu ketika syawal yang lalu....
aku tak dapat meneruskan luahan ini....alfatihah kembali untuk semua..
AL-Fatihah buat ayahnda terchinta dan pakcik2ku serta makcik tersayang....semuga rohmu tenang di sana... aminn
ReplyDelete