memang macam gelagat ketika ini...bayangkan dalam tengah2 panas terik, di suruhnya bergambar...yang dah biasa lainlah...cuba tanya kat zin, saripudin, rahman, haris, fuad, yunos, khafizah....mereka akan jawab biasa je...sejuk, tak panas pon...
alaaaaa malu2 pulak suri ni. azri pun tak nak lah malu...cepat, nanti hujan pulak, bergambar basah kuyup pulak semua. syukurlah sepanjang 3 syawal cuaca elok je..berkat doa hamdi awal2 tadi direstui...
sian tengok timah, melilau-lilau mencari lan. tah mana pegi si lan ni,,,orang nak bergambar sebelah lan nampaknya tak dapat lah...timah, sapa sangka kan hadiah berpanas macam ni, muncul sebagai juara menganyam ketupat....
untung kau timah, dulu tak dapat nak tengok mak dan ayah mentua bersanding kan? sekarang tengok lah puas2...mak mentua dan menantu ni kalau dah berjumpa, dah macam berbual sepuluh orang...tapi bukan menganyam ketupat ya puan2, juga bukan mesyuarat tingkap
mana pulak suami aku ni...sibuk dari semalam sampai ari ni, tu baru jadi penasihat karnival dah susah nak jumpa...
anak2 lelaki berpakaian sedondon berdiri kat belakang tu pun mencari mak ayah mereka...mana pergi tah...sabar ya, berdiri diam2 kat belakang. tengok kakak2 kat depan tu, kontrol ayu dari lancang lagi...tah berapa kali bertukar tepek make-up...panas, make-up dah cair, kalau tau macam ni tepek sekilo baru ngam...balik dari johor sure hitam si masitah ni.
tapi tak per ya, rahman dah halau budak2 sedondon tu tadi. nak juga bersusah payah berdiri nak jadi securiti pu3-pu3 dari lancang. tunjuk prihatin sungguh jaguh kenyalang ni...
apa yang kecoh2 kat hujung tu tak tau lah. berebut kerusi kot...
cayalah si aiman ni...tak sabar nak bergambar....melah...api kat dapur kau tinggal tak pe ke? takut takut ada yang hangit nanti..."abi...tengoklah kat dapur tu kejap..." agaknya tu yang dikatakan kat norman. "Malas la...orang nak bergambar ni...kang terlepas pulak..." balas norman... "Biarlah melah, kalau hangus kita makan jer ramai2 makanan yg hangus tu...dah, tak yah pegi lah man. riba je anak tu..." nyampuk si nora ni pulak.
kenapa pulak zuraimi dan liza tu....merajuk nak ke mana tu...."Abi...kalau semua ni masuk insuran kita kan bagus. tak pun beli semua tudung2 kita....boleh kita bercuti raya sebulan kat kampung. kita kira untung, kan abi, betul tak abi, sokonglah.." bisik liza. "kita tak boleh lama2 dok kampung, eija nak bersalin tu, latif tentu pau kita nanti, bahaya ni...bukan sikit2 nak minta untuk baby dia tu..." zuraimi nampak tak setuju cadangan liza... lama juga kedua-duanya berfikir tu sementara jurugambar mengambil gambar...
eija pun tengoklah tu....mak buyung tu masih larat ke hulu ke hilir bersemangat, maklumlah pertama kali beraya bergelar isteri, bergelar menantu dalam keluarga terbesar ni...sebelum ni, eija yang merangkap setiausaha karnival dah tentu asyik kena buat keja si latif, pengerusi karnival. 24 jam berkhidmat untuk latif....ehemmm 24 jam? tak tido ko...
paling kasihan semasa sessi bergambar ni ialah suhaidah dan suzana...kedua-duanya masih dalam pantang, meriba baby pulak tengah2 panas terik. tapi demi nak berkumpul dengan keluarga, digagahkan juga datang....tabik spring kat kedua2nya. asalnya masa sms ari tu beritahu tak dapat datang. terkejut toksu bila dua cicit toksu datang, mujurlah duit tol masih berbaki ari tu...cayang alissya dan adam farish...
dua kali aku mendukung bonda untuk sessi bergambar. pertama ialah semasa pertemuan aidiladha yang lepas juga ketika hendak bergambar...kalau ini sebagai baktiku untuk bonda, rasanya ia masih belum terbalas sampai bila-bila pun...
dan hasilnya...........lihat lah duniaaa inilah keluarga besar generasi ayahanda tawaf dan bonda tijah......
perfect.. sapa yg amik gmbr ni>
ReplyDelete