Monday, September 27, 2010

kalian amat DEKAT, walau telah JAUH pergi


alfatihah untuk yang tersayang almarhun kanda boniah dan almarhum kanda saring....
AL-FATIHAH
....semoga selama enam dan empat tahun RUMAH ABADIMU sentiasa disinari dalam perlindungan ALLAH...

dua puluh dua tahun jarak usia kita kak (kanda boniah)....setelah kakak lahir pada 1939...aku terlalu merah dalam perhatian bonda tijah, dan tidak mustahil kakak turut sama menyentuh kulitku, mengucup dahi, membelai lembut tubuhku ketika itu. walau aku sendiri tidak dapat merasai saat itu lembut tangan kakak tetapi naluri kasih sayang kakak tetap meresap ke seluruh adikmu ini. selain kakak, tentu kanda yang lain terutama kanda misran, kanda saemah, samad dan kamisah turut sama membantu bonda tijah menjaga ku..tentu sekali bergilir-gilir memberi perhatian padaku. tanpa pernah mengeluh..

kakak...tak banyak yang kuingat semasa kakak bersamaku,,,cuba aku hanya dapat mengingati kakak, kakak telah menghuni di kampung murni jaya layang-layang...di sana kakak bersama suami telah memiliki cahayamata antaranya saadiah, sarimah, saripudin dan misrah..

terlalu jauh kita terpisah kak..walaupun begitu ayah dan bonda kerap juga mengunjungimu di sana bersama2ku. selalunya apabila kami ingin mengunjungi kakak, kami akan bermalam terlebih dahulu di simpang renggam, di rumah kanda saemah/abas..dengan menaiki bas dari pekan simpang renggam, kami menuju ke renggam. dari situ, kami akan mengambil bas untuk ke layang-layang. bayangkan ketika itu dengan bas berhenti-henti, berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke destinasi.

di pekan layang-layang, aku, ayah dan bonda akan menunggu pula bas, iaitu satu-satunya kenderaan yang akan membawa kami ke kampung murni jaya. sukar aku membayangkan masa yang diambil untuk kami duduk di tiga buah bas tadi. di persimpangan kampung murni jaya dan felda murni jaya itu lah kami perlu berhenti dan bas akan meneruskan perjalanan ke perkampungan felda.

kami akan duduk di sebuah rumah yang separuh siap, dan seingatku di rumah itulah seolah-olah telah dijadikan tempat menunggu bas atau melepaskan penat untuk seketika. kalaulah waktu itu, adalah ketika ini, rasanya aku wajar berfikir-fikir bagaimanakah hendak kami meneruskan perjalanan untuk menjejakkan kaki di umah kakak? tanpa ada kemudahan yang sempurna ketika itu, kami hanya memutuskan membuat keputusan untuk berjalan kaki. perlahan-lahan. rasanya aku jarang membayangkan rasa penat ketika itu, berbanding sekarang hanya untuk beberapa tapak berjalan ramai yang mengeluh kerana dimanjakan oleh keadaan.

jauh. amat jauh. yang termampu kami harapkan ialah agar ada sesiapa yang akan masuk ke kampung walau dengan berkenderaan apa sahaja, kami cuba untuk menumpang. sambil menjinjing buah tangan, kepenatan tidak pernah kami rasakan. tidak kurang dari lima selekoh harus kami tempuh...

banyak yang kami dengar tentang kampung tersebut. antaranya yang amat kami takuti adalah raja binatang yang ada menghuni di belukar-belukar sekitar..

kakak menyambutku...begitu juga kanda saring serta anak-anak yang masih kecil. itulah desa damai tenang dan dingin yang kakak huni sekeluarga. membanting tulang, memerah keringat tanpa mengenal waktu-waktu sukar. rimba murni jaya itulah yang memberikan nafas anak-anak kakak membesar. udara desa itulah denyut nadi anak-anak kakak yang dididik mengenal bumi yang dipijak sambil menjunjung langit di situ saban hari.

seorang demi seorang anak kakak membesar...zin dan hamdan. aku masih ingat, namun aku tidak dapat memastikan mengapakan saadiah dan sarimah menetap di kampung bersama kami di sengkang. bersekolah di sana. mungkin juga ada sebab-sebab tertentu kedua-duanya tinggal bersama bonda tijah untuk seketika.

saripudin yang pernah mengusarkan kakak dan abang, tentu semasa kecilnya merunsingkan kakak. udin pernah sakit, sehingga disarankan agar menukar namanya kepada jamil...syukurlah udin tidak apa-apa.

suatu yang amat tragis adalah tatkala khabar malam kami terima di kampung..bonda tijah tidak perlu terkejut, kerana ketika itu bonda tijah mengidap keadaan jantung yang lemah. khabar itu ialah tragedi kanda saring di serang gajah! kami bergegas ke layang-layang sebaik mendengar berita itu, dengan menyewa kereta penduduk kampung sengkang.

tuhan masih mengasihi kanda saring.

setia kakak kepada tanah seperti keringatnya tidak perlu kering di badan. kakak cuma mahu tubuhnya yang bermandi peluh hanyalah untuk menyambung hidup demi sesuap nasi untuk anak-anak yang dilahirkannya. seperti ibu-ibu yang lain, kakak tidak mahu kelahiran anak-anak, hanya sekadar kehadiran yang sia-sia. kakak tetap berkeras mahu memberi pendidikan yang sempurna. tidak mahu melihat anak-anak kakak tersisih dari rakan-rakan yang sebaya mereka. biarpun dari kampung yang amat pedalaman, tetapi biarlah mereka mengecapi segala-galanya dari tangan kakak.

kakak terlalu mengabadikan tenaga wanitanya kepada kebun sayur yang banyak di pinggir kampung. kebun milik taukeh-taukeh tertentu. dari muda sepanjang hayatnya kakak cuma bersetia dengan sayur-sayuran.

aku tetap ingat, tiap kali pulang dari kerja, kakak akan mambawa pelbagai jenis sayuran. dan yang amat aku gemari ialah timun. setelah dicuci sewajarnya, aku gemar meratah timun mentah.

masih kejap di ingatanku, keadaan rumah kakak ketika itu. ada sebahagiannya berdinding kulit kayu. jarang dan tentu sahaja sukar untuk melelapkan mata untuk tidor malam apabila fikiran mengingati sesuatu. apakah aku perlu malu memiliki kakak yang menghuni kediaman seperti itu? tidak kak, aku bangga dengan kakak, kerana akhirnya kakak dan abang mampu mengubah nasib sedikit demi sedikit.

tanpa kemudahan asas, kakak, abang dan anak-anak sanggup menimba air di sebatang parit yang jernih airnya jauh di belakang rumah. menuruni dan mendaki bukit, sambil mengandar atau menjinjing baldi, memenuhkan bekas air di rumah. anak-anak kakak sewajarnya berbangga mempunyai ibu yang setabah dan sesasa kakak. siapa wanita yang sanggup bersusah, menderita perit seperti itu kecuali kakak? aku tak kan menemui wanita yang setandingmu, di ketika ini.

cuma satu yang menjadi perhatianku ialah sikap kakak bila mencuci kaki, tangan atau tubuh. kakak akan menyiram mencucinya selagi air masih ada bersia di baldi. tidakkah kakak berasa penat bersusah mengambil air sejauh dan sesukar itu, sedangkan kakak boleh membasuh kaki dan tangan sekadarnya apabila sudah diyakini bersih. kakak kakak. itulah kakak yang mahu serba serbinya kelihatan bersih. kakak seperti tidak sayang air; hakikatnya kakak perlu kebersihan.

di rumah kakak yang mengalami berbagai perubahan, dari berdinding kulit, ke papan dan kemudian lebih sempurna sehinggalah kepada separuh batu dan papan; rumah itu telah menyaksikan anak-anak kakak mendirikan rumah tangga. saadiah bersama musa, sarimah dan yunos, misrah bersama ishak, saripudin dengan zuraini, zin dan saniah serta hamdan bersama sanisah. rumah itu menyaksikan pernikahan semua anak-anak kakak dengan sempurna.

cuma seingatku, aku hanya dapat menyaksikan perkahwinan sarimah dan misrah sahaja...sementara yang lain-lainnya kemungkinan aku tidak berkesempatan untuk hadir. tentu kakak, abang, saadiah, saripudin, zin dan hamdan sedia memaafkan ku...

kadang-kadang aku diusik dengan gelagat kakak, senyum sendirian bila mengenangkan semua itu. kakak seorang wanita yang kuat bekerja, tetapi kakak sebenarnya memiliki hati yang amat takut. kakak selalu ragu-ragu bila hendak menaiki bas. kakak akan bertanya kepada pemandu atau konduktor, benarkah bas yang dinaiki itu, menuju ke tempat yang dituju. bila rasa tidak puas hati, kakak akan bertanya lagi. agaknya kerana ini kakak jarang-jarang menaiki bas. syukurlah bila anak-anak kakak dah mampu untuk memiliki kenderaan sendiri, kakak mula kerap pulang ke kampung bersama anak-anak...

GAMBAR DI ATAS MERUPAKAN GAMBAR ALMARHUM KAKAK DAN ABANG MEMOTONG KEK PADA TAHUN-TAHUN TERAKHIR HAYATNYA, IAITU PADA TAHUN 2003. SETAHUN KEMUDIAN ABANG SARING MENINGGAL DUNIA KERANA SAKIT YANG DIALAMINYA DI BAHAGIAN LEHER, SEMENTARA KAKAK MENYUSUL DUA TAHUN KEMUDIAN SETELAH MENDERITA SAKIT HAMPIR SETAHUN..ZIN, PAMAN TAHU BAGAIMNA SEBAK HIBA HATI ZIN BILA MENGENANGKAN SEMUA INI. BEGITU JUGA SAADIAH,SARIMAH, MISRAH, SARIPUDIN DAN HAMDAN...PAMAN TAHU GAMBAR ITU AMAT BERMAKNA DALAM HIDUP ZIN ADIK BERADIK. WALAU SEKEPING...IANYA MEMBERIKAN SEJUTA MAKNA UNTUK KALIAN.....

paman tak dapat untuk meneruskan coretan ini...insyaallah paman akan tetap sudahi juga coretan ini nanti... esok kita sama-sama sambung di gambar bawah yang sempat zin kirimkan melalui mms berserta gambar di atas. terimakasih zin...

Saturday, September 25, 2010

RINDU membawaku ke sisimu yang jauh....

BONIAH TAWAF 14 JAN 1939
SARING KASIMAN 00 JUN 1937
SAADIAH SARING 22 OKT 1957
MUSA HJ SABAR 08 NOV 1947
SUHAILA MUSA 23 FEB 1977
MAHADIR MESRAN 13 JUN 1976
NURUL RAUDHAH 26 APR 2004
MUHAMMAD NAQIB 03 DIS 2005
SUHAIDA MUSA 17 MEI 1978
RAZALI YUSOF 25 SPT 1977
NUR BATRISYIA 13 SPT 2001
NUR ALISSYA 11 OGO 2010
SUZILLA MUSA 27 OKT 1980
MOHD AZLI MAHADI 24 MEI 1980
SARMILA MUSA 12 FEB 1983
MOHD RIZAN LANAMA 21 JUN 1977
MUHAMMAD KHAIRAN IKRAM 28 APR 2005
MUHAMMAD IZZUL AFIQ 14 APR 2007
SUZANA MUSA 17 OGO 1985
MOHD HARIS APANDI 27 DIS 1985
ADAM FARISH 29 OGO 2010
MOHD FUAD MUSA 18 MEI 1987
SARIMAH SARING 01 JAN 1963
MOHD YUNOS HJ DAHLAN 30 OKT 1958
MOHD FAUZAN 13 OGO 1987
NOOR KHAFIZAH 16 SPT 1988
ZULHILMI 01 APR 1990
FAIZ 21 MAC 1993
MISRAH SARING 14 JAN 1965
ISHAK HJ BAHARI 04 MAC 1961
KAMARIAH ISHAK 30 JLY 1981
MD SHARANI IBERAHIM 27 APR 1970
SYAMIRA SOFEA 21 NOV 2003
FARIDAH ISHAK 20 OKT 1982
FAUZIAH ISHAK 31 MEI 1984
MOHD NAZLAN GAZALI 18 SPT 1971
MOHAMAD ARIFUDDIN 25 DIS 2001
MUHAMMAD FAIZUDDIN 02 FEB 2003
KHAIRUL ANWAR ISHAK 16 OGO 1988
MUHAMMAD HAFIZ ISHAK 13 APR 1993
MUHAMMAD FARIS ISHAK 17 OGO 1996
SHARIPUDIN SARING 27 JLY 1967
ZURAINI MOHD KAILANE 23 APR 1969
NUR FARIZA 17 FEB 1993
MOHD FAIZUAN 20 JAN 1996
NUR FAIZAH 24 MEI 2000
NUR FAIQAH 24 JLY 2002
MOHD FARIDZUAN 01 JAN 2007
MOHD ZIN SARING 000000000
SANIAH SARMAN 18 JUN 1974
MUHAMAD IQBAL 000000000
MUHAMAD IZHAM 000000000
MAISYARAH 000000000
MAZNI NAJMI 000000000
HAMDAN SARING 05 JLY 1974
SANISAH SAMIRAN 13 DIS 1977
NUR SYAUFA AMIRA 22 SPT 1999
MOHD SYAUZAN 25 APR 2001
MOHD SYAZUAN 08 APR 2002
NUR SYAZRIN NATASHA 14 SPT 2005
MOHD SYAZMIE 13 APR 2008


APA PUN BUSU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERULANGTAHUN UNTUK RAZALI YUSOF YANG JATUH PADA HARI INI...

senarai nama di atas merupakan anak-anak dan cucu-cucu juga cicit almarhum kanda boniah dan almarhum kanda saring...ada sesuatu yang tidak dapat untuk busu catatkan di sini ketika ini....maafkan busu...







































































Friday, September 24, 2010

mujur KaKAk aDa anaK2 yg meMAHami...


agak lama sharudin tidak meninggalkan sebarang catatan di blognya. benarlah, walau jarang kita dapat bertemu pandang, tetapi sekurang2nya dapat mendengar berita walau sepatah pun sudah memadai untuk merungkai sebarang pertanyaan. dalam bulan ramadhan ada juga satu dua di coretkannya. dan sewaktu menyambut lebaran sharudin sekadar menitipkan ucapan selamat aidil fitri...aku menunggu juga sebarang perkembangan dari beliau.

semasa pertemuanku setelah sekian lama tak bertemu ada aku membuka mulut mengundangnya untuk sama2 meraikan pertemuan keluarga 3 syawal yang lalu. dan pada hari meraikannya, shahrudin tidak dapat datang. tambah merisaukan apabila, pesanan ringkasku menjelang aidilfitri tidak bersambut...apakah beliau tidak sihat. anehnya, aku tidak pula cuba menghubungi secara terus...


bila aku membelak-belak blognya hampir setiap hari walau tidak sebarang catatan terbaru, akhirnya beberapa hari yang lepas...shahrudin menulis beberapa catatan dimulai dengan kehadiran emaknya ke laksamana awal pagi (jumaat 24 sept 2010). tanpa berlengah aku menghubunginya untuk menjengah ke rumahnya untuk bertanyakhabar kak yamah...

menyalami kak yamah, sama seperti aku menyalami saudara2 tua ku yang terdekat. kak yamah tetap saudara sedarah denganku...setelah 7 tahun tak ku genggam tangannya...kali ini tentu sekali berbeza, kerana kak yamah ketika ini adalah insan yang perlu lebih cekal, kembali sendirian setelah abang sharif kembali menemui yang maha penciptanya 2 bulan yang lalu. kalau dulu, saat kugenggam tangannya ketika wanita ini masih ditemani suami tercinta.

aku berbual panjang, hampir tiga jam adalah jarak masa yang amat tidak mencukupi untuk menghuraikan segalanya hal-hal keluarga...kak yamah, aku, sharudin dan nor terlalu leka melayani masalampau yang tak pernah padam dari ruang fikiran kami.

aku membawa bersama beberapa keping gambar lama, tanpa lain niat, ianya semata2 untuk ku tunjukkan kepada kak yamah dan shahrudin...agar dapat menjelaskan siapakah mereka di gambar2 lama yang sebahagiannya dirakamkan sebelum aku lahir lagi. dan satu yang dapat kak yamah jelaskan pada gambar yang di atas sekali... yang di tengah itu adalah kak imah (ramnah@saemah jafri - w.emboh) gambar di atas sebenarnya telah diberi oleh kak imah juga pada 1 june 1970 kepada kak kamisah (misnah) mengikut catat di belakang yang tentu sekali tulisan kak imah berbunyi: kapada mak chek misnah. terima-lah pemberian saya yg tidak sepertinya ini buat kenangan-2

kalau kak kamisah membaca catatanku malam ni, mustahil kakak tidak dapat mengingatinya....nor, isteri sharudin memberitahu padanlah, antara tiga gadis di gambar tersebut, dia tidak mengenali gadis yang tengah. sebabnya kak imah sekarang ni ustazah...

insyaallah, bila ada kelapangan...aku ingin menyambung catatan ini...

Thursday, September 23, 2010

DATO MOHAINI....tahniah



pertama2 ingin ku ucapkan tahniah kepada pasangan khairul dan effa yang baru selasa lepas dikurniakan cahaya mata sulung...mereka berdua merupakan anak sepupuku...cucu paman aman. sekaligus paman aman dah dapat cicit pertama..tahniah juga untuk paman aman dan bibik tuminah...sabtu ni terbanglah bibik ke klang. tak sabar tu nak tengok cicit, maklumlah first time..kan bibik. paman tunggu umah kat segamat jap...bukan tunggu kosong tu,...ada masyuk..menuai khabarnya...zurai apalagi gi temankan tok aman nanti hasil jualan tok aman hulurlah tu...

secara tak langsung, tahniah juga kepada bonda si khairul...dengan panggilan terbarunya DATO MOHAINI....kenapa? dah tentu lah mohaini dapat cucu...dato lah dia...

teringat zaman2 muda belia aku suatu ketika dulu. pernah hujung minggu aku bermalam di umah mohaini. allahyarham kamarudin terlalu baik denganku. bukan setakat bermalam, malam2 dibawanya aku makan seafood di pelabuhan. semuanya ini menyebabkan aku terasa nak duduk berpindah kat umah sepupuku ini. kalau dah hari2 pekena seafood...

dan satu yang masih ku ingat, aku pernah mewawancara pasangan ini mengenai sesuatu isu. gambar dan beritanya telah termuat di majalah KELUARGA...(tentu makan masa untuk ku mencari dan membelek2 tiap muka surat majalah tersebut..apatah lagi majalah tersebut telah kuhantar ke kampong..insyaallah bila kelapangan aku cuba mencarinya, dan kita tengok ramai2)

namun semua ini tinggal kenangan, kebaikan arwah kamarudin mustahil aku lupakan sampai bila2. ketabahan mohaini membesar 2 anak lelakinya cukup menduganya. bayangkan ketika itu khairul dan khairil masih kecil...

kamarudin, semoga tenang damailah mu di sana. berbanggalah dengan kekasih hati yang ditinggalkan, kesetiaannya tak perlu kau sangsikan lagi..mudah2an semuanya dalam peliharaan ALLAH...

corATcoReT seKiTAr KaRNIvaL


mari kita lihat gelagat mereka semasa karnival 3 syawal hari tu. tah apa yang terlalu asyik zin, bibik son, paman abas dan abg hamdi tu perhati....

cuba agak....ina ni mesti tau kan ada orang nak amik gambar dia...kontrol senyum tu...

aku pening kali ni, dalam fikiran rahman ni, ada lagi ke tiket nak balik sarawak nanti? kalau tak ada mcm mana?

apa yang merungsingkan tu liza? kalau tak cukup makanan, peh...memang masaklah aku kali ni...

ripin ni khusyuk betul....kalau nak terkucil pegi lah ke belakang dulu

naper ni asha? jatuh tu nanti...

macam mana gambo aku sikit je ni. dulu rasanya masa kecil berlambak diaorang ambil gambar aku, dah mcm model pulak masa tu...

alaaaaa dah besar cucu atok....damiya dpt tak hadiah? sian damiya, jauh2 dtng xdpt adiah eh...nanti mintak kat tokwan eh....

mujur ada mariah rohimah....semua terlupa nenek...sesuap kat nenek, tiga suap kat maya...tak aci betul maya ni...

kau nak cari ape mie? nak open meja? jual krongsang kan bagus? sorang beli rm20...kau kali lah 150 orang...lumayan tu...

mana lah kau nak lawan biras kau tu azli....taukeh buah dah tentu juara ari ni, tak caya tengoklah nanti...takat epal apalah sangat, durian pun dia buka dengan mulut...

laga bang laga....jangan tak laga...apa kisah...adik ipar dan abang ipar...hamdi n nordin (tq cik aen)

dah susah nak bezakan...mana satu acara rebut kerusi, mana satu joget lambak...tengok gaya dah sama lenggok je si sarimah dengan makciknya kak sulimah. tp sian kat latif, lepas acara banyak kena ganti kerusi yang pecah ranap. tak berbaloi2 sewa khemah...

dapat gak aku adiah....baik aku cabut...naya kalau diaorang batalkan kemenangan aku...

lain kali aku nak lagi khusyuk....mcm nyanyi negaraku...