Tuesday, December 21, 2010

untuk yang sentiasa dekat di hati....



apakah yang menariknya pada ALAMAT tulisan tangan di atas? ironinya, tulisan tersebut adalah hasil bonda tijah sendiri semasa sihat. tidak pasti bilakah bonda mencatatnya di buku kecil ini...sewaktu mengemas-ngemas pelbagai dokumen, terselit sebuah buku kecil BUKU 555, yang amat popular suatu ketika dahulu. sinonimnya buku tersebut, ialah buku hutang! tapi buku 555 yang ditemui, penuh dengan tulisan tangan bonda.

pada suatu muka surat bonda telah menitipkan alamat di atas....dengan kasihsayang kekeluargaan aku dedikasikan untuk almarhum paman sharif, bibik yamah, dinda shahrudin serta seluruh keluarga ku di sana....walau kecil dan terpencil catatan di buku tersebut, ia tetap menjadi kenang-kenangan tak ternilal ketika ini dan akan datang....

No comments:

Post a Comment