
aku tergesa-gesa pulang dari kl sebaik kanda aminah memberitahu bonda sakit..hampir 4 jam bonda menungguku tiba. bonda masih di rumah kanda aminah ditemani kanda dan latif. semuanya akur membawa bonda ke hospital muar...hari ini 24 NOVEMBER genap setahun yang lalu, bonda di masukkan wad hospital muar..
sebaik bonda keluar dari wad setelah semalaman ditahan...di kampung sebahagian anak cucu cicit piut bonda datang menziarah...syukurlah sehari sebelum umat islam menyambut aidiladha 1430H...

untuk beberapa ketika selepas bonda keluar wad...bonda perlu berulang alik ke hospital untuk membuat rawatan lanjut...terima kasih untuk latif dan kanda aminah, kanda samad, kanda saeimah serta kanda kamisah juga kamal. ada ketikanya bila terlalu mendesak, aku tak mampu untuk pulang ke kampung membawa bonda ke hospital untuk rawatan....dan tugas tersebut telah diambilalih oleh insan insan tersayang yang telah ku sebutkan diatas, tanpa banyak bersoal jawab. terima kasih kerana perhatian dan tanggungjawab mereka terhadap bonda...malahan kanda kamisah dan kamal juga pernah membawa bonda untuk membuat rawatan susulan semasa di lancang...

catatan petugas hospital mengenai sakit yang bonda hidapi...aku tetap tidak pernah lupa keprihatinan almarhum kanda hj misran yang pernah menjaga bonda di hospital beberapa tahun yang lalu...andailah takdir tuhan masih belum menjemput almarhum kanda...tentu sekali kasih sayang yang kanda curahkan kepada bonda melebihi kami adik beradik yang lain...

untuk kali terakhir aku bermalam di rumah tumpangan hospital, di tingkat satu bangunan kafeteria...banyak kenangan yang menyebabkan sukar untuk ku lelapkan mata sepanjang malam...

sepi hati seorang bonda...tak siapa menduga pertengahan mei 2010 bonda tak mampu untuk bergerak sendirian...bonda, kami tak terdaya untuk membayar harga air susu mu sepanjang usia hayat kami. andai kami himpunkan seluruh isi alam yang ada di keliling kami...kami yakin bonda, kami tak kan terbalas keringat, tenaga, penat lelah...malah air mata mu kerana kerenah kami...bonda, yakinlah walau setitis air susu mu yang kuhirup, kami takkan membiarkannya kering sia-sia. kami genggam biar keringatmu sentiasa basah sepanjang hayat kami...
bonda, walau bonda pendamkan air mata kerana kami, anak-anak bonda, dan demi janji untuk seorang bonda, kami tak kan membiarkan bonda memamah sepi sendirian. kami masih di sisi bonda....dengan doa tanpa nokhta...

disember yang manis....kerana bonda...maka anak-anak bonda...boniah, misran, saemah, samad, kamisah dan aku ada di sini....















No comments:
Post a Comment