Thursday, July 29, 2010

.....apakah ini yang terakhir

alfatihah untuk seluruh keluarga kita yang telah mendahului kita, tanpa dapat ku sebutkan nama mereka satu persatu...moga penghulu segala hari, allah memberi keampunan dan menerima segala amalan mereka....



MENJELANG PELAYARAN

bekalkan aku dengan sejuta sinar
yang tidak dihakis oleh gelap malam
lewat penantian itu
biar kukirimkan doa pada Tuhan
dalam diam
derap perjalanan bermula
aku tak sempat menitipkan
luka
kerana di pelabuhan
duka siapa yang tidak lagi
berakhir
kalau bukan titis air mata pengembara
yang menggelorakan lautan


MOHD.ISNIN TAWAF
(dari antologi Lambaian Nusa, DBP;1991)


DI RUMAH MU

seorang lelaki terluka
masih terbaring di padang terbuka
resahnya pun terpukul di kaki
tangga masjid
tatkala azan berkumandang lantang
dia pun mengusap peluh masin
yang mengalir hanyir di tubuhnya

tuhan
berikan air wangi
dari syurga-Mu


MOHD. ISNIN TAWAF
(antoloji gema membelah gema 15,
sempena Hari Puisi Nasional 17, Melaka Dis 2007)




KENYATAAN ITU ADA KETIKANYA TERLALU SUKAR UNTUK DILUAHKAN...TIDAK SEMUDAH; MAAFKAN KU ATAS SEGALANYA...KERANA ESOK KITA TAK PASTI DAPAT LAGI BERSAMA....ALANGKAH INDAH ANDAI TANPA PERMULAAN, UNTUK MENGHINDAR UCAP SELAMAT TINGGAL TANPA LUKA DI MANA-MANA..

No comments:

Post a Comment