Saturday, July 31, 2010

walau jauh, kita raikan saat bahagia mereka...


dari sengkang kita ke lancang
dari lancang balik ke redong
nak bertunang memang dah dirancang
cik masz dan sala jangan le termenong....

sayang betul, tok ketua kampong kita tak antar gambar2 dari redong. kempunan sedara mara nak tgok mjlis meraikan puteri redong di dihias cantik ari ni. yg paling kempunan sala dan mas, ct dan aen. aku pun dpt tau dah lewat benar, kalau tak memang dah melayang ke segamat. terkilan bukan apa, anak kanda samad dan sulimah, ni le satu2nya si puteri. noreha ni, dialah ratu dialah gula.. memang sah2 tak de racun.

dah le satu je, 20% dah tentu kena sambar pulak... kanda berdua jgn le risau. dah jodoh noreha, nak kata apa kan. dengar kata jejaka dari lipis yg bertertuah tu. jaga lah anak sedara aku tu elok2 eh...lakukan segalanya atas dasar ibadah, insyaallah selamat..

yang tak selamatnya kita2 le semua nanti. tak pe, noreha bukan nak nikah esok pun.dia tahu, dia bagi peluang kita kumpul duit dari sekarang. bawak sekali tabung ke redong. jangan takut2 ya sila bawa dengan berhemah.

meriah majlis tu. apa tidaknya keluarga taukeh kanopi kat felda tu. pasang je lah nak berapa buah pun. tu baru bertunang, nikah nanti penat lah kau hadi, hafis, jang, amy, din, shahrel...nasib kaulah ada adik perempuan sorang. first and last. bukan ada lagi pun anak pompuan. jang dan amy atau hafis jer yg tinggal.

paling nak tgok nanti, hafis berkaraoke masa kenduri kahwin. kau jgn nak karaoke je hafis, jeling2 la juga awek2 kat jb ke. hafis ni, kalau masuk af9, nampak gaya lps tu astro tutup. album jgn kira la...memang laku gila, habis diborong adik beradik...

pasal noreha ni...nampaknya dpt org pahang ye. kau ikut bibik nah juga eh. tak perr. nanti singgah lancang bagi lah tip sikit kat sapa2 kat sana eh...

nasihat pksu satu jer...nak betunang ni bukan mcm naik bas boleh tumpang2...tapi umpama naik basikal. sorang kayuh, sorang bonceng. nasihat ikhlas ni dibawakan oleh pksu...faham2 jer ya cik3 ehemehem...yg naik bas tu tukang mengiring je...





dari redong kembali ke sengkang
kita merai pernikahan di sana
jangan termenong jgn lah bimbang
ada majlis di lancang kita rai bersama...




yang ni lain ceternya. sebelum tu SELAMAT BERULANG TAHUN UNTUK CUCU ATOK...KAMARIAH ISHAK... kamariah ni nun jauh di jb. puteri sulong misrah & ishak. misrah ni anak kanda boniah (almarhum) ni pun aku malu nak cakap. kalau jumpa anak2 misrah dpn mata, memang aku tak kenal. gambar di atas tu bukan kamariah, tapi bondanya. misrah! kamariah ni pun dah ada cahaya mata. bayangkan, cucu bonda tijah dah ada cucu...secara tak live nya aku ni dah makin tua........waaaaaaaaaa, tolong kanda misnah, ada apa2 petua ke, pemuda ke utk awet muda.

pagi tadi aku teragak2 nak antar sms kata cucukku kamariah

AKU : salam kamariah sekeluarga...SELAMAT BERULANGTAHUN, semoga hdp sntiasa diberkati ALLAH, kbhagiaan, mperolehi rezeki yg drestui...ikhlas dr sekeluarga1jiwa.blogspot.com (atok usu nin...)

KAMARIAH : wkslm, terima kasih d atas doanya...tiada ape yg lbih brnilai selain doa & ingtan dr atok usu sklarga..

aku terharu sebak pg tadi..aku berdoa cucuku sudi membalas wlu inilah pertama kali menghantar sms kepadanya. dan allah makbul doaku, ternyata kamariah membalas sms ku seperti di atas. aku takkan padamkan sms tu smpai bila2 sbagaimana sms dr anak2 sdraku yg lain..

bkn tak pernah ke rumah misrah, cuma aku terlepas pandang berbual tanya khabar terhadap seluruh ahli klrga. insyaallah jika dipajangkan usia kita dpt berkumpul nanti...

HA...ARI YG CUKUP BERWARNAWARNI...BERTUNANG DN HARI LAHIR...DAH TUA KAN
AKU NI SEBAB DAH JADI ATOK. MAKIN CEPAT CUCU2KU KAHWIN EH...MCM2 PANGGILAN AKU DPT NANTI....BERTAMBAH TUA LAGILAH AKU...

Friday, July 30, 2010

karim tak balik? makwan tak tiup apa2lah ehh....


makwan, maaf eh lama tak jengah laman makwan atau cafe cempaka tu...sian makwan jaga bonda sorang? macam2 hal hal lah makwan. makwan bkan tak tahu...makwan ingat tak ni, 30 julai beberapa tahun yg lalu makwan lahirkan sapa? ha, anak makwan la, apalah aku tanya soalan mcam tu. dah beso gendut budak tu. dua dah anak dia...makwan ingat tak dah berapa cucu makwan? tapi makwan tetap mantain...mcm adik dgn kakak je makwan dgn si sala tu kan...jelas dinda..

meh makwan kita raikan ulangtahun karim...hapi birthday to u...karimmm. budak ni dulu suka sangat tangkan burung. kancil pun penah dijeratnya. rupanya pengalaman menjerat kancil dan tangkap burung benar2 karim praktikkan utk pikat suhaini. tak sia2 kau karim..suka tengok budak ni suami isteri..rajin penyayang. paling suka makwan lah, aku menumpang jer...



taukeh felda ni pandai serba serbi, dua dah anak dia..hahahahah. dulu pernah ikut aku ke pantai timur. pendiam. tapi senyum dia mak oiii. karim karim. kepandaian atau kemahiran dia yg aku kagum sampai sekarang, dan hairan tak sudah2 bila dia dapat bertukang, menyiapkan rumah. tau kembar siam dia sapa? safuan. safuan tu jangan lah makwan tak tau kenapa dia rajin sangat ulang alik ke umah makwan? rajin ada makna tu makwan. eloklah tu, dah kenal hati budi...kan kan, apa ke nama anak makwan yg keja dengan pas temerloh tu? ko sabar ya safuan, tak ke mana nak makwan tu...paling jauh pun jln ke sengkang. tp budak tu ramai peminat...karim kata, dia puas dpt buat umah bertukang sendiri, hasil titik peluhnya...senang dan selesa nanti adik2nya nak buat kenduri kahwin....wow abis lerrrr duit aku..ada lima lagi tu anak2 makwan...jap lap peluh jap

karim dan suhaini ni ada bakat niaga. mcam2 nak diangkutnya apa je yg ada kat kluang ke, air hitam ke, simpang rengam ke...kerepek berbagai jenis di jajanya ke pahang. kalau boleh pondok tol nak letak kat cempaka. tapi tu la, pondok tu dah ada pulak kat lancang, tak jadilah nak diangkutnya tol kat air hitam tu.

bakat niaga karim ni, dikongsi jugak oleh suraya. sama je dgn si rozi. yang untung aku juga, dpt merasa kerepek pisang yg konon nak buat contoh. contoh apa, paksu dah belasah sambil borak2 kat dapur. tema kasih su, rozi. karim dn suhaini. darah yg mengalir di tubuh almarhum kanda uda tak kan tumpah ke mana..kanda uda ni dulu pengusaha kedai runcit...bab ni nanti pksu ceta kat lain n3..

karim ni penyayang, ulang alik kluang lancang dah macam pegi balik umah makwan ke umah kang miskon....dah tua2 pksu tak sanggup. makwan lain la, muda lg! pksu, klu sanggup pun pegi ke...... kau diam sala, masz, ct, maya. budak2 dok jauh2. tapi maya dlm keta diam jeee, malu ehhhh. dah tutup bab tu.



karim, jenguk lah mak sementara dia msh ada. perhatian yg karim beri kat mak tu dah cukup besar hati buat mak. biar jauh berulang alik, tapi aku yakin, karim puas kan..semoga hari ulangtahun karim ni, allah memberkati perjalanan hidup karim. insyaallah. suhaini bagi apa kat karim tahun ni... kerrrr karim bagi kat dia hadiah...ahl biasalah tu...

lepas bulan ni dptlah makwan rehat sikit, takyah nak potong2 kek, tiup2 lilin. dah sesak nafas makwan dikerjakan budak2 empat orang tu. pastikan ya makwan...boyfriend sala, masz, ct atau maya tak de yg bulan kelahirannya bulan julai. ko tak sian ke tgok kanda paksu tu.. tak pe, dinda lupa jerr la makwan, tiap kali ke laman makwan, lupa nak bawa bunga kat atas tu....tah ingat bunga apa la aku ni....ahhhh biarlah...biar buat kejutan...saaaaayang kanda misnah. cium bonda jap...

Thursday, July 29, 2010

.....apakah ini yang terakhir

alfatihah untuk seluruh keluarga kita yang telah mendahului kita, tanpa dapat ku sebutkan nama mereka satu persatu...moga penghulu segala hari, allah memberi keampunan dan menerima segala amalan mereka....



MENJELANG PELAYARAN

bekalkan aku dengan sejuta sinar
yang tidak dihakis oleh gelap malam
lewat penantian itu
biar kukirimkan doa pada Tuhan
dalam diam
derap perjalanan bermula
aku tak sempat menitipkan
luka
kerana di pelabuhan
duka siapa yang tidak lagi
berakhir
kalau bukan titis air mata pengembara
yang menggelorakan lautan


MOHD.ISNIN TAWAF
(dari antologi Lambaian Nusa, DBP;1991)


DI RUMAH MU

seorang lelaki terluka
masih terbaring di padang terbuka
resahnya pun terpukul di kaki
tangga masjid
tatkala azan berkumandang lantang
dia pun mengusap peluh masin
yang mengalir hanyir di tubuhnya

tuhan
berikan air wangi
dari syurga-Mu


MOHD. ISNIN TAWAF
(antoloji gema membelah gema 15,
sempena Hari Puisi Nasional 17, Melaka Dis 2007)




KENYATAAN ITU ADA KETIKANYA TERLALU SUKAR UNTUK DILUAHKAN...TIDAK SEMUDAH; MAAFKAN KU ATAS SEGALANYA...KERANA ESOK KITA TAK PASTI DAPAT LAGI BERSAMA....ALANGKAH INDAH ANDAI TANPA PERMULAAN, UNTUK MENGHINDAR UCAP SELAMAT TINGGAL TANPA LUKA DI MANA-MANA..

Wednesday, July 28, 2010

saat ini, masih terasa ketika bersamamu...( i )


jam 3 petang, 6 november 2001 aku menerima panggilan liza..."poksu, ayah acdnt..kat kpg...teruk juga"...aku mengiyakan akan segera pulang setelah urusan ku selesai..beberapa ketika aku dihubungi kembali mengatakan kanda misran agak kritikan di hospital muar...urusan ku hampir selesai. dan mengambil masa, wlu telah ku singkatkan beberapa kerja. usai solat maghrib...."poksu...ayah dah tak ada.." aku tak berminat utk bertanya selanjutnya. dari bersandar di dinding umah, aku terduduk menglungsur ke lantai...

bagaimana utk ku memandu sesingkat yg boleh utk segera ke hospital muar. bonda tijah ada di simpang rngam. puas aku berpesan pada kanda soniah agar sampaikan berita duka ini pada bonda selembut yg boleh! tanpa sebarang pesanan, kanda misran pergi meninggalkan kami. kami kehilangan dahan utk bergantung, pohon utk berteduh. meninggalkan kanda aminah, anaknda nora, norhaliza, norman, daly, latif, aen serta menantu2 juga cucu2 tercinta..

kanda misran terlalu amat prihati sepanjang hayatnya. tulus ikhlas luhur hatinya bukan diukur dari tutur katanya, yg ada ketikanya mengusik hatikecil kami sekeluarga. semakin terserlah tanggungjawabnya apabila ayahnda tawaf meninggalkan kami. kanda misranlah menggalas segalanya.

barangkali kebetulan kami tinggal berdekatan rumah, aku merasa begitu DEKAT dgnnya. wlu pun sepjg hayat aku tidak tinggal sebumbung, tapi keakraban kami berdua begitu kukuh. zaman kanak2 yg manis sering berputar tiap kali aku memandang arah rumahnya. aku boleh juga diibaratkan buruh kanak padanya. kanda kerap meminta tolong, dan aku yg tak pandai menolak akan menyanggupi permintaannya. aneh kan, tolong yg tetap mendapat upah. malunya bila mengenangkan semua itu, kerana bila aku sudah berkerjaya, kanda masih tetap MEMBANTU, saat aku mengalami musim kemarau. kanda tak pernah menghampakan aku.

aku pernah mengambil air dari perigi di tepi paya. dua baldi akan aku sangkut di kanan kiri handle basikal. tanpa mengayuh aku menolak basikal merentasi tanah abg pardi, dan melintas rumah kayu bonda sebelum tiba di bilik air umah kanda. mungkin 5 atau 6 kali aku akan berulangalik merentasi jalan hanya untuk memenuhkan air pada bekas2 air di bilik air kanda. utk ke perigi, aku tidak sukar kerana aku tak perlu memimpin basikal. tanpa mengayuh, aku hanya duduk dan basikal menuruni jalan yg landai.

atau menjelang aidil fitri @ adha, kanda akan minta aku mengecat dinding, atau pagar kayu bawah umahnya. aku tak pernah mengeluh atau penat. kanda bkn hnya akan membawa ku makan di pekan, dia akan tetap menghulurkan duit saku..kenapalah aku tak terfikir utk menyimpannya beberapa ringgit sebagai kenangan kemudian hari? sesekali, aku akan dibawa bermalam di pondok yg terletak di kebunnya. kalau ku ingat2 kembali, mustahil aku berani utk ke sana semula dan tinggal bermalam di situ. rumah pondok berloteng, selepas maghrib tak siapa yg berani duduk di bawah. PINTU LANTAI akan ditutup. tanpa jiran, kami hanya ditemani pelita. kanda aminah tentu masih ingat. belukar atau hutan di sekeliling menemani kami. kanda misran cekal tabah..

aku juga pernah menangis di kedai gunting rambut di pekan bkt gambir. setelah selesai bergunting,aku dah tak nampak bayang kanda. aku tak tahu ke mana dia merayau tinggalkan aku mcm tu je. pakcik tukang gunting memujuk, semakin kuat pula aku menangis. aku tak pernah rasa malu..bila ke pekan kanda ada juga mengajak aku menonton wayang di panggung selamat. itulah pertamakali aku berkenalan dgn wayang. skrin besar disorot lampu dr belakang. JAWS...itulah tajuknya, tanpaku tahu isi ceritanya. aku tak berani utk ke bilik tandas utk membuang air. suasana gelap, aku khuatir silap mencri kerusi. agaknya kerana itulah sepanjang hidupku, tak sampai lima kali aku masuk ke panggung, lagipun memang aku tak berminat.

aku banyak berjalan dgn kanda misran berbanding kanda paimin. agaknya kanda paimin bujang ketika itu, kanda pun tak naklah bawaku, takut2 nanti kacau daun. aku terhutang budi, kerana susah payah kanda misran menghantar aku ke jb, semata2 aku hendak temuduga sbg kakitangan felda. bayangkan bermotor dr kampung ke jb tanpa ada lebuhraya. panas punggung ku membonceng di belakang. agaknya kerana faktor itu, aku jadi terbantut tubuh tak tinggi. kecil tapi ehemmmm.

sejarah hitam dlm hidup, apabila aku dimarahi kanda. puncanya kami menyertai rombongan menaiki bas ke pesta batu pahat. entah malang di mana, aku dan kawan2 tertinggal bas dan terpaksa bermalam di bt pahat. atas belas ikhsan pakcik di bakau condong...aku tak sangka, malam tu juga kanda dan kawan2nya menyongsong mencari kami di pekan batu pahat hingga pagi, namun tidak menemui kami. sekitar tengah hari aku dan kawan2 muncul di rumah. aku yg tak pernah dijentik herdik...tiba2 kanda bagai hilang pertimbangan. demi allah aku tak berdendam...tapi itulah bukti cinta kasihnya kanda padaku..

kanda pernah membelikan aku typewriter jenama oliveti, dan radio toshiba utk kanda misnah. radio tu msh ada walaupun dah tak boleh didengar suara juruhebahnya. kanda seorang yg suka menyusuru saudaramara wlu di mana pun mereka. kanda jugalah yg akan menasihati adik2 bila terlalu lama tak menjengah bonda di kampung. malam ayahnda meninggal, aku peluk kanda misran..."kita dah tak ada lagi bapa kan abang..." dia angguk sebak brngkali. dan aku juga pernah menyuarakan utk menghimpunkan seluruh keluarga. namun kanda tak sempat sama2 menyertainya.



bila bonda jatuh sakit dan berada di simpang renggam di umah kanda soniah, kanda misran berkeras hendak membawa bonda balik ke sengkang. bersungguh dia hendak menjaganya, biarlah dia sorang yg menjaga bonda pun tak apa. kesungguhan itu rupanya telah dirasainya sendiri, utk menjaga bonda utk kali terakhir. mungkin kanda terkilan bila akhir hayatnya tak berada di sisi bonda.

aku sendiri tak dapat mengingati, apakah pertemuan kami itu yg terakhir semasa bersua di hukm ceras. kanda murung, mungkin mengenangkan cucundanya sdg kritikal di wad. aiman menjalani pembedahan jantung, sedang usianya masih terlalu merah benar. kanda tak bnyak bercakap, cuma entah kenapa hanya berkisar, katanya, aku dah tiada lagi hutang dengannya. menitik ar mata ketika aku mengucup tangannya utk pulang.

aku terkilan bila mengenangkan bahawa antara saudara2 kandungku, hanya kanda misran yg belum tergerak hati utk bermalam di rumahku. wlu dipujuk, dia cuma menyatakan, nantilah! dan, ianya tak kan berlaku lagi.



hanya kanda misnah lah adalah org yg terakhir sekali dapat berbual2 di telefon dengan kanda misran, hanya beberapa minit shj sebelum berita kemalangan kanda misran. selepas gagang telefon diletakkan, kanda menghantar cucu ke sekolah. dlm perjalan pulang itulah takdir menantinya... lebih sebak apabila ternyata di situ kebesaran ALLAH, 6 november yg sepatutnya meraikan ulangtahun ke 60 kanda...rupa2nya kita mengiringi perjalanan terakhir kanda....aku tak dapat menahan sebak mlm ini, wlu 9 thn berlalu, terasa air mata msh bertakung di kelopaknya..



kesat air mata jap. kanda misnah dah lelap? bonda tijah, doaku utk mu..singgah laman makwan's cafe, dpt minum best gak. dibuka utk tempatan sebarang mjlis, khususnya mjls perkahwinan. laman makwan bukan saja bnyak flowers, tapi banyak jugak 'BUNGA'...apa cnyum2 masz, sala, ct, maya, syira...sok kite borak pasal laman makwan eh


KITA MEMANG MAMPU MENCIPTA YG TERBAIK DLM BNYAK HAL, TAPI PERCAYALAH, KITA SUKAR UTK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG...

Tuesday, July 27, 2010

walau kau sepi sunyi kosong bersendirian...



Hati benar2 tersentuh, sebak, hiba dan apakah bahasa yg paling sayu selain yg tak terluah oleh hati, tak terucap oleh bibir….pertama kali aku menatap gambar2 yg dikirimkan oleh latif yg ditemani eija, gambar2 kampung halaman, tanah kelahiran ku sendiri, tempat aku membesar menangis dan ketawa ketika lama dahulu. Hampir separuh abad aku menghirup udara, menghabiskan sisa2 hidup yg allah pinjamkan, baru pertama inilah aku menatap wajah rumah kayu dr jauh. Rumah kayu yg dipotretkan. Aku malu untuk menyatakan bahawa belum pernah seumur hidupku, rumah tempat aku lena di dalamnya sekian lama itu, aku abadikan dlm potret…belum pernah!



Rumah lama yg cuba aku lukiskan sebelum ini, yg masih bersisa di ingatan. Aku telah menjadi penghuni kota sewaktu rumah lama itu perlahan2 menunduk mencium tanah. Satu peristiwa yg tak dapat aku bayangkan bagaimana ketika itu..rumah kayu lama, aku tinggalkan sejak 1982.



Saat aku menitipkan catatan ini, sungguh kelopak mataku berkaca. Tanpa sedar, aku lebih lama menjadi penghuni kota, daripada aku bersetia ada di sisi kampong halaman sendiri. Kampong di mana uri ku tertanam damai di sana. Darah yg pernah mengalir bersama ketika bonda tijah melahirkan ku. Walau telah lama kering, sehingga nafas terakhirku, telah tertanam di jiwaku bahawa darah itu tetap basah menjadi tugu.



Barangkali waktu almarhum ayahnda tawaf menanam uriku, tentu setiap malam uri ku ditemani pelita. Aku yakin itu kerana aku masih ingat, ketika kanda misnah melahirkan kamal dan rofidah di rumah kayu itu, uri mereka hamper setiap malam diterangi pelita. Tak mustahil waktu kelahiranku, juga begitu. Begitu juga waktu saharudin dan sahrul hadi dilahirkan di rumah itu…



28 tahun aku menghuni kota berbanding hanya 21 tahun aku setia 24 jam di sisi bonda tijah, apakah aku anak lelaki yg layak dipanggil anak yg baik? Apakah aku mampu bangga mengakui aku adalah adik yg baik di hadapan kanda2 ku yg lain…maafkan aku kanda hj misran (almarhum), kanda boniah (almahrum), kanda soniah, kanda samad dan kanda misnah… aku gagal, malah tak mampu menjaga bonda sesempurna kalian. Aku gagal menggalas wasiat almarhum kanda misran..



Ketika menatap gambar umah kayu yg latif kirimkan, aku benar2 sebak. Dr dulu memang airmata ku masih belum kering… Aku melihat halaman yg terlalu sepi. Rumah yg pernah meriahmegah, kini berdiri sendirian. SUNYI KOSONG… aku benar2 dpt merasai bagaimana bonda tijah menetap sendirian di situ sejak ayahnda menyahut panggilan illahi pada tahun 1996…….14 tahun bonda berhujan panas di rumah ini tanpa ada sesiapa….aku tak tahu bagaimana pula kosongnya hati bonda apabila pada tahun 2001, kanda hj misran pula menjejaki ayahnda di sisi allah. Dmi allah, aku tak dapat membayangkan, bagaimana bonda hadapi hidup ni, bila kanda misran yg menjadi tempatnya bergantung juga tiada.



Kalau bulan dan bintang dapat membahagiakan kanda hjh aminah (kak amin) dan anak2nya,…aku tak kan teragak2 utk memberikannya kepada kak amin….aku tahu, menantu bonda tijah itu tak kan berganjak dan menoleh ke belakang dari tanggungjawbnya menjaga bonda tijah. Kanda amin memikul amanat almarhum kanda misran…kanda aminah, apakah yg lebih baik lagi selain ucap terimakasih ku utk mu..? apakah ada lagi ucpan yg lebih baik lagi, katakanlah! Aku juga berterimakasih buat kanda samad dan kanda sulimah yg kerap menjenguk bonda…juga tak kan ku lupa buat kanda soniah dan misnah, yg terlalu bersusah payah sebagai puteri bonda, masih mampu menjenguh walau tempat mu begitu jauh dari kampung. apatah lagi kanda berdua mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak2mu. kesanggupanmu menjengah bonda, sukar ku tandingi...



Rumah kayu baru yg dibangunkan pada 1985/86 tentu lebih mulia dari aku sendiri…..setidak2nya rumah kayu itu tidak pernah mendustai penghuninya…mampu melindungi bonda selama ini. 28 tahun aku hanya mampu datang dan pergi, menjenguk sesekali bonda di kampong…rumah itu lebih banyak merakam dan menyaksikan tawa dan air mata….kalau dulu ayahnda menemani bonda…dan kemudian kanda misran berulangalik dr umahnya ke rumah kami, menjengah bonda….setelah kedua2nya tiada…aku tak lagi dapat mendengar geseran selipar kanda berjalan menghampiri rumah….



Apabila sesekali bonda di simpang renggam, atau di redong segamat, atau di lancang Pahang….putera kanda misran masih tetap setia menjenguk rumah itu…latif…sikap dan hatimu tak ubah seperti ayahanda mu. Wlau aku jauh....seluruh hatimu telah dapat aku kesani…allah lebih berhak membalas sukar payah atas seluruh budi baikmu…



Aku juga amat terharu dan berterima kasih utk puteri bongsu kanda,yg kanda tinggalkan ketika aen berusia 18tahun. terlalu rapat dia dgn kanda waktu aen msh kanak2. terlalu manja dia dgn kanda. aen juga banyak 'membantuku' sprt kanda pernah membantuku, membantu nenek tiap kali pulang ke kampung. minatnya dlm bidang fotography memang menuruni minat kanda. bnyk gmbar2 hasil kreavitinya aku titipkan di sini..i'allah, akan ku ambil tahu mana2 yg wajar sbgmana aen ruang ms utk neneknya, kanda.. hibanya puteri bongsumu tak sempat kanda walikannya nanti..

Bonda tijah…nanti bila segalanya berjalan lancar, kita meriahkan rumah kayu itu bersama2 anakcucucicit2mu. Insyaallah syawal ke 3 ini kita berkumpul dlm mjlis khas untuk menghargai menghormatimu…moga bonda diberi kesihatan yg baik di samping kanda misnah dan cucu2 bonda di Pahang ketika ini

KENANGAN; BETAPA PUN KAU TERLALU AMAT PAHIT, IA TETAP TERPAHAT KUKUH DI HATI…DAN KEMANISAN ITU BIARPUN INDAH, ADA KETIKANYA TIDAK BETAH BERLAMA2 DI JIWA…

Monday, July 26, 2010

happy birthday to angah and u..u...u...u...



utk anakanda kami, angah wlu terlewat itu tak bermakna kami terlupakan angah....ibu, kakya, ajie, acik & b, juga ribi, schumi, sammy, koya, lala & lain2....ucap selamat berulangtahun kat angat. best angah dah dekat dgn kakya...tak mcm dulu nak berkejar ke sri iskandar...bnyk tmpt makan kat situ, angah pilih jer la...pi mkan sendiri...hahahaha







haaa yg ni, gerabak terlambat sampai. ropanya ada lagi bln julai yg nak sambut2 besday....calon2nya adalah...abg mazlan (2/7), Syahira (14/7), rafie (3/7) dan yg menghuni di bumi kenyang abang ehem ehem (19/7). mereka lambat diumumkan sbb ketua kampung lambat anta data...sian isteri tok ketua, kena anta email ari2. tp xpe tok ketua bz nak jual sawit. ma kasih latif, eija...x pe oktber nanti sediakan je tabung ya?


dua anak kecil kat atas tu bkn couple, mereka tu adik beradik. anak tokey krongsang, tudung, dan insuran...nanti eija bw tabung jumpa makbapa dia eh...rafie, jgn main keta kontrol je k...


tapi apa kena mengena dgn cik ehem ehem muncul semula kat entri ni. besday cik kan dah umum ari tu. taulah cik ehem bln julai gak...

cik ehem ehem sama eh dgn rafie, 3 julai. tapi tu tak best lagi, yg bestnya sebab tahun lahir i sama dengan tahun u la.... tgok tu makwan...makwan tgok je la, jgn bercakap eh, makwan g tgok nenek nak apa tu?.... u all sila jelez...tgok tu, abg rahman...diaorg tu usik kita. abg man...bawalah ubat nyamuk kalau kat utan tu banyak serangga, tau! nyampah lah poksu ni...


JANGAN NYAMPAH KAT PKSU TAU, NANTI PKSU REPORT KAT MAKWAN & WAK...KEIKHLASAN ITU AMAT TERSEMBUNYI, DAN RASA KASIH TERLALU MISTERI...A'HAAA...C...STAND 4 WAT?

Sunday, July 25, 2010

hepi birthday kamu kamu kamu kamu kamu kamu...



Hapi birthday kak su@majim....wah bestnya potong kek ngan makwan…..uteh ke yg wat kek tu..atau cik sala? Tak pun ct….cuba tgok gambar tu…ada berapa org yg sambut birthday bulan julai ni? Mula2 mesti eham eham….pastu yg meriba baby tu….last sekali mesti tokey felda…penatlah makwan meniup lilin empat kali bulan ni…doa paksu, moga idup ni lebih bermakna bila ada mereka yg tersayang……cepatlah cik eham eham…...tambahkan lagi satu family makwan. Meriah lah nanti umah makwan…..yg lebih surprise nanti bulan ogos…..apa ya? Kita gegarkan lancang…

Ajem dok diam2 dgn abah k…..besday kamu berdua dah lepas….aziq tunggu turn k…..

JULAI NI MERIAH & KITA SAMBUT JUGA HARILAHIR ANAK2 & CUCU NENEK YG LAIN….DIMULAI OLEH HAMDI (1HB), CIK PUTEH-3HB, HAMDAN/ZAI-5HB, SUHAINI-10HB, SUHAIDAH-15HB, NORLELA-21HB, DAN DIAKHIRI OLEH KAMARIAH-31HB……ESOK 26HB ADA LAGI…..SAPA EH? DAN SORANG LAGI ANAK MAKWAN LAHIR BULAN NI…SAPA TU?


Saturday, July 24, 2010

tabahlah kalian walau tanpa ayahibu di sisi...



"dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim. Katakanlah : memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang seagama)" ......surah al-Baqarah ayat 220.


panggilan telefon petang 23 julai dari zin di skudai memang paling menyeronokkan sepanjang hayat ini. panggilan empat penjuru sambungan serentak....sarimah, misrah, zin, saniah dan aku sendiri. terlerai segala sebak tatkala membuat panggilan setelah mendapat sms panjang dari sarimah sebelah paginya..biarlah ianya antara aku dan sarimah cuba memahaminya. sarimah, kuat dan tabahlah anakku...apakah yg lebih manis dlm hidup ini selain kebahagiaan...

paksu amat memahami sedih pilu hati kalian adik beradik, setelah mak dan ayah dijemput yg Maha Pencipta lebih awal. dalam lingkungan keluarga kita kanda saring dan boniah lebih awal meninggalkan kita. meninggalkan anak2 menjadi yatim piatu. tidak hairanlah kalau ada cucu2 kanda yg tak sempat bermanja dan mengenali atok mereka.

kecekalan saadiah, sarimah, saharudin, hamdan, zain dan mesrah membesarkan anak masing2 di samping pasangan, tanpa mak dan ayah memang amat dihargai. setelah kedua mak ayah tercinta tiada...paksu cuma ingin melihat kalian hidup dalam ikatan kekeluargaan yg tenang damai...

membesarkan anak2 mendidik melentur mereka bukanlah semudah yg kita sangkakan...sejenak, renungkanlah kesusahan makayah yg sanggup menitiskan peluh sejak dinihari hingga ke senja...

sesekali paksu tetap teringat semasa zaman persekolahan...saadiah dan sarimah pernah tinggal bersama nenek di kampung, untuk beberapa tahun. kita sama2 makan di bawah bumbung yg sama...ke sekolah beriringan bersama...semuanya tinggal nostalgia yg mustahil akan berulang, kecuali kita mengingatinya kembali, mengulang cerita pada anak2 mu, saadiah dan sarimah....berilah perhatian pada anak2 kalian, seperti kanda boniah dan saring mengawal kesejahteraan kalian....

KANDA BONIAH & SARING...ANAKCUCUMU...TETAP ANAKCUCUKU JUA SAMPAI BILA2 PUN..

Friday, July 23, 2010

kanda misnah...kau lebih mengerti & memahami atas segalanya...




kak...aku masih membelek2 kenangan masa lalu waktu kita sebumbung yg sentiasa dalam pengawasan ayahbonda...dan kenangan itulah yg mendekatkan kita...

dan, aku lebih mengagumimu...benarlah kakak memang terlalu amat tabah menghirup dugaan ini...wajah lembutmu tak pernah mempamerkan resah duka...putera puteri mu wajar berbangga miliki satu2nya bonda sepertimu...dan lebih berbangga almarhum kanda uda bila takdir menemukan kalian berdua hampir 37 tahun yg lalu...


AKU JELES SEBENARNYA, TAK TAU YG MANA SATU ADIK...KAKAK TETAP MANIS, AWET MUDA BERBANDINGKU....


Thursday, July 22, 2010

meh kite layannnn jer laaaa




dua puteri sepupu ni kalau dah bertemu tak ingat apa dah..macam2 gossip, dari mula jumpa sampailah nak balik...dah mcm tak de brek...cian ct...biarlah ct, meh kita buat hal kita. tadi mak ajem dah cakap mengeteh je kat desa tun hussein, tak moh...meh kita balik, cian pulok sala, dah dua malam tak berteman....

MORALNYA...SERONOK BERSEMBANG SEKALI SEKALA NI MELEPAK, SAMPAI TUAN KEDAI SINDIR NAK TUTUP KEDAI.............

Wednesday, July 21, 2010

hanya ini yang dapat diberikan sebagai kenangan..



SELAMAT DATANG KE MAJLIS PELANCARAN

WANITA DI SISI ISLAM: PERMATA ZAMAN

PADA 21 JULAI 2010
JAM 3.00
BERTEMPAT DI SELURUH MAYA


DIRASMIKAN OLEH
SELURUH KELUARGA GENERASI TAWAF/TIJAH


*hanya 5 naskhah percuma akan diberikan kepada sesiapa yang membuat ulasan di sini..sekian terima kasih...

Tuesday, July 20, 2010

jika nanti aku juga telah tiada...




tetiba petang ni tergerak hati melakarkan rumah tua yang masih segar tergambar di ingatan...yg kini telah tiada...lakaran dari pandangan sisi dari rumah kang pardi...

keterangan gambar (sekiranya tidak jelas untuk dibaca)

1- Awal2 dulu atap rumbia sebelum zink. Best atap rumbia, jolok celah2 bertempiaran kelawar.

2- Ruang ni hanya pisang sesikat...kenduri kat sini....masuk JAWI sini jugak

3- Jaga2 tangga kayu. Ada ke anak2 kak Bon, Abang Mis, kak Son yang penah jatuh di sini?

4- Tempat bergossip

5- Tingkap selalu bertutup. Takut2 NORA/LIZA terjun. ATOK luv kamu..kamu...kamu...kamu...blablabla....

6- Kolam ni ada lagi. LATIFF yang jaga. cayalah lu brooo.

7- Anjung zink

8- Pintu koboi. bukaklah mana2 berkenan.


Mungkin saadiah, sarimah masih ingat rupa rumah kayu ni...Kamal, Rofidah lahir di umah tu...tapi tetap tak dapat mengingati bentuknya.
Kak Son, kak nah, pernah ke buat langsir tingkap bila tiba raya? entah2 kak amin yg buat kot. dia tu terror menjahit. kunci tingkap, memang dari bahan asli, kalau bukan kawat, tentu tali....AKU TERKILAN SEBELUM IA DIROMBAK, AKU SUDAH BERANGKAT KE KL...

aku hanya dapat meninggalkan ini sebelum aku juga tiada nanti...hanya sedikit yg pernah menghuni umah ini, iaitu anak2 bonda tijah... kalu ada yg ingin melihat lakaran dari sisi yg lain serta ruang2 di dalam....sila tinggalkan permintaan. kalau tak tuan belog malas nak melukis atau melakar.

*KERTAS LAKARAN AKAN DILELONG...SILA BUAT TEMPAHAN...SAIZ ASAL 2X3 KAKI...

RUMAH TUA PAPAN TETAP TEGUH MENJADI TUGU INGATAN KAMI ANAK2 AYAHBONDA...

Monday, July 19, 2010

paman…tenang damailah mu di sana, di sisiNYA…



Panggilan 15 julai sekitar 10.45 pg dari si nakal latif, benar2 tak mampu membuatku tersenyum seperti selalu. Hanya beberapa patah perkataan darinya….”paman dah tau tak?”…saat memandu, memang ayat tersebut berselirat pelbagai pertanyaan…terkedu. Yg bermain di benak, sempatkah aku memandu ke felcra sekijang, segamat…menatap wajahnya untuk terakhir kali?

Rasanya baru semalam aku menjabat tangan hangatnya, bertanya itu ini berkisar kesihatannya. Penderitaannya yg ditanggung lebih 3 tahun mengidap angin ahmar, dunianya hanya ruang tengah antara ruang tamu dan dapur….syawal 2009, itulah kali terakhir aku mendengar suaranya. Paman Tumin, Allah bukan sekadar menyayangimu, tetapi lebih dari itu,,,hikmah disebalik segalanya tetap tersembunyi dalam KEKUASAANNYA…

Paman Tumin atau atok Tumin, panggilan dari anak2 saudaraku….merupakan saudara kandung Bonda Tijah. Nama yg tak siapa akan menyangka dan sukar dipercayai, adik beradik Bonda Tijah mempunyai nama yg berbeza2…Tijah binti Hasan@Ahmad, Wasman bin Morji (Tumin) dan Rahmat bin Bero (Aman)… siapa sangka mereka bertiga saudara sesusu..dari ibubapa yg sama….

Sewaktu kecilku, Paman Tumin menetap di Tangkak, dan Bonda Tijah serta Paman Aman menetap di Sengkang. Di Tangkak, Paman Tumin menekuni membuka bengkel motor…. Beberapa tahun kemudian Paman Aman dan Tumin berpindah ke Segamat. Berkebun secara meneroka, Paman Tumin telah diarah berpindah meninggalkan tanah yang diterokainya. Rezekinya tetap memihaknya, Paman Tumin sekeluarga menetap di felcra sekijang.
Janji Allah tak siapa mampu menunda2…Paman Tumin yg dilahirkan 6 september 1929 meninggalkan insan tersayang…Bibik Senya, Bonok, Ali, Atan, Murni, Jah serta beberapa yang lain. Dalam sendu dan hiba, kita tak mampu mengatasi kehendakNYA…



Dalam tenang dan resah aku mempercepatkan ke segamat. Doaku, moga diberi kesempatan untuk mengiringinya ke perjalanan terakhir paman. Jam 3, aku sempat menjemput Paman Aman dan Bibik Tuminah… aku terkilan yg amat sangat kerana terpaksa tidak dapat membawa Bonda Tijah yg sedang uzur…sukar untuk menduga bagaimana perasaan seorang kakak yg tak dapat hadir menatap wajah adik buat kali terakhir…mujur juga seminggu sebelum bonda jatuh sakit, bonda sempat menziarahi adiknya…. aku dapat melihat Paman Aman sebagai adik bongsu menahan hiba melepaskan abang tersayang…

Jenazah sedang dimandikan tatkala aku sampai. Di sana abang samad, latif, hadi dan kak amin sudah terlebih dahulu tiba…usai solat jenazah..kami mengiringi jenazah ke persemadiannya yg terakhir….

Kalau kita saudara mara almarhum Paman Tumin pun tidak dapat menahan sebak, bagaimanakah agaknya perasaan Bibik Senya dan anak2 mereka….kita sekadar menyelami perasaannya, bersimpati dan memberikan semangat menghadapi saat kehilangan yg abadi.

Bibik Senya, tentu bibik lebih terasa kehilangan. Kesunyianmu….tentu bibik teringat2, bagaimana hampir setiap hari menarik paman ke bilik air, memandikannya, menyucikannya. Menyediakan makan minum, mengelap tubuh paman, memakaikan baju, menukar cadar, membersihkan tempat tidur. Kini bibik cuma mampu memandang ruang kosong itu, namun kekosongan hati bibik tanpa paman, tak siapa dapat menduga.

Bibik, radio yg selalu di sisi paman, tentu tak lagi ada yg setia mendengarnya. Radio yg jadi teman setia paman, sesetia bibik mengurusi paman selama perkahwinan hingga paman terlantar uzur. Bibik, bila bibik ikhlas menerima paman sedemikian keadaannya, bibik tentu mulia di sisi ALLAH, itulah janji ALLAH untuk membalas keikhlasan bibik di sisi paman…

Hampir semua sepupuku berkumpul di sana….mohaini, ghani, musalmah, murni, zana, ros, zailan….serta pasangan masing2…hadir sama.

Paman Tumin…yg tinggal kini hanyalah kenangan kita anak beranak….suara dan keletahmu tetap basah dalam ingatan….pusaramu yg masih merah adalah tanda bahawa walaupun kita dibatasi oleh keadaan tetapi doa kami tetap mendekatkan kita….Paman Tumin, sampai bila2 pun kesalku tak kan padam, kerana paman tak dapat menatap potret paman dengan bonda tijah, yang ku rakamkan ketika mengunjungimu….namun rohmu tetap lebih tahu…ku abadikan potret kenangan indah terakhir kita di sini…..moga roh mu di cucuri rahmat…

ALFATIHAH BUATMU ALMARHUM PAMAN TUMIN @ WASMAN MORJI…WAHAI TETAMU ALLAH….

Sunday, July 18, 2010

sayang kasih untuk semua...



Assalammualaikum….dan salam ingatan untuk seluruh keluarga tercinta…untuk BONDA TIJAH yang cintakasihku kukuh di hati, KAK AMINAH (AMIN), KAK SAEMAH (SON) ABG ABAS, ABG SAMAD (PAIMIN), KAK SALIMAH (SOL) dan KAK KAMISAH (MISNAH), seluruh anak2 saudara, cucu2 tercinta (yg tak dpt ku sebutkan satu persatu) yg tetap kuanggap anak2ku sendiri…moga kalian sentiasa diberkati, dlm kesejahteraan peliharaan Allah hendaknya….

ALFATIHAH BUAT ALMARHUM AYAHANDA HJ TAWAF, KAK BONIAH (BON), ABG SARING, ABG HJ MISRAN, ABG ZAINUDIN, wlu kalian telah jauh pergi terpisah dari kami, tetapi percayalah kalian tetap masih hidup sampai bila2 di hati kami anak cucumu. Ucap nasihat, semangat, pengorbanan kalian masih teguh kukuh di hati kami. Betapa benarnya herdik marah, petua nasihat kalian….memang amat bermakna setelah kalian tiada. Percayalah doa kesejahteraan kami utk kalian di sana.

Juga ALFATIHAH buat ALMARHUM SENDARI, AHMAD, MOHD. RABU, MOHAMAD dan MAHAT…anak2 Bonda Tijah yg telah pergi menghadap PENCIPTANYA lebih awal sebelum kita sempat mengenali mereka…

Mengapa terlintas untuk SEKELUARGA1JIWA? Jawapannya mudah….hakikatnya kita membesar dari air susu suci yg sama….dari daerah rimba permai yg sama…siapa pun antara kita, darah kita tetap dari SENGKANG…. belantara yg tak pernah sunyi dari pelbagai ancaman pada ketika itu…. Almarhum Ayahanda Tawaf….keringat tenaga cekalmu meneroka belantara bumi Sengkang….menjadi kekuatan kami. Siapa yg dengan ikhlas menggelarkanmu WIRA, selain kami lah seluruh generasimu…terkilannya ketika bumi Sengkang membangun damai…tak sempat ayahanda nikmatinya…

Apakah sebelum ini kita sama2 terlintas untuk menjejak, merasai degup jantung darah daging kita yg menghuni di pelusuk yg berbeza, yg belum berkesempatan kita ziarahi, dan tidak mustahil ada antara kita masih belum mengenalinya?
Apakah kita sekadar mengenali dan rasa kasih hanya terhadap insan2 yg terlalu hampir dengan kita setiap hari? Sedangkan pertalian darah tak kan pernah terputus terhadap saudara kita yg masih ramai di luar sana…

Kadang2 bila kita terlalu mendahului masa, kita terlepas pandang untuk menjengah seorang dua saudara kandung di sana… Apakah yg lebih manis, yg lebih indah dari segalanya, selain apabila kita dapat menyapa mesra menjabat kasih sayang sesama kita.

Siapa pun tak dapat menyisihkan dan menidakkan bahawa, dari penyatuan kasih sayang Almarhum Tawaf dan Bonda Tijah…hari ini kita telah dipayungi oleh rumpun keluarga yg amat rendang, tumbuh subur…sebesar ibu jari kita dilahirkan, hingga matang dewasa ketika ini, air susu ibulah yg membesarkan kita tanpa terlintas untuk berkira di kemudian hari. Suka derita, getir manis…tergamak kah kita untuk mengatakan ibu bapa kita minta titik peluhnya yg tumpah minta dibalas? Bonda Tijah adalah WIRAWATI kami…

Maha Besar ALLAH, hikmah disebalik kekuasaannya yg tak terjangkau oleh manusia menyusurinya…hari ini kita telah menjadi keluarga yg amat besar. Mengecapi kehidupan yg amat sempurna. Percayalah setiap dari kita….sesaat kita bertafakur, apakah yg telah kita fikirkan detik ini.

Sukar untuk kita percaya, jika ada seorang ibu bapa menginginkan anak cucu mereka hidup tanpa mengecap kesempurnaan….
Hakikatnya…walau sepatah, tetap tersentuh hatinya mendoakan kebahagiaan anak cucu mereka….damai mulianya hati ayahbonda kita, walau tak memiliki kesempurnaan hidup yg mulia.

Atas segalanya…insyaallah kita akan satukan keluarga kita dlm satu detik indah, yg penuh bermakna. (Keterangan dan maklumat pertemuan keluarga akan dijelaskan di halaman yg lain.)

Blog yg dibangunkan atas keinginan yg satu, adalah hanya untuk menyatukan kita sekeluarga. Bertanya khabar, menjengah kisah suka suka keluarga di sana, mudah2an kita sama2 rasainya.

Merapatkan jurang yg barangkali sebelum ini tercipta. Mulai saat ini, kita ketepikan apa sahaja yg terselit di hati. Antara kita tiada yg membezakannya, darah kita dari punca yg sama…

Selama mana pun usia BLOG ini, harapan kita cuma satu…generasi kita takkan terputus hanya kerana mereka tak dapat menjejaki sesama mereka….apakah mereka nanti yg akan dapat membongkar rahsia hikmah di sebalik semua ini?

Mohon dan berharap dengan penuh ikhlas tulus kasih sayang, sekiranya ada di antara anak cucu kita yg rata-rata berkemahiran, agar menitipkan coretan sendiri di BLOG ini. Coretkanlah apa sahaja tentang keluarga masing2, apa sahaja peristiwa yg sudah dan akan berlaku, titipkan juga gambar2, sekiranya ada gambar2 lama yg masih tersimpan….utk kita sama2 tatap di BLOG ini…atas tujuan itu PASSWORD akan diberikan untuk memudahkan SIGNUP BLOG ini….hubungilah……(tau kan nak minta kat sapa…)

Dengan cinta kasih yg sentiasa basah di sanubari buat seluruh insan tercinta. Amat yakin sangat bahawa seluruh anggota keluarga kita tetap hangat menyayangi, mengingati, memesrai antara kita…..saling menghargai menghormati

Salam untuk permulaan namun bukan yg pertama dan tidak pula yg terakhir…. Almarhum ayahanda Tawaf dan Bonda Tijah….syukur dan terima kasih melahirkan generasi ini…. Nafas, keringat, darah dan susu mu bukan untuk kami sia-siakan…

DARIKU YG TAKKAN PERNAH JAUH DARI KALIAN….WASSALLAM

dengan rasa kasih.......