Thursday, December 23, 2010

salam untuk insan tercinta...23 disember di hati...

dengan cinta kasih dari kami seluruh anak, cucu, cicit, piut MU...



23 disember.....disember yang manis...hanya UNTUKMU



bonda, nenda....selamat atas segalanya...moga bonda, nenda diberi kesihatan yang lebih baik...kesejahteraan yang berpanjangan, keimanan yang tak kan goyah....kami keluarga besar bonda nenda sayang bonda nenda....walaupun tarikh yang tercatat di kad pengenalan tidak tepat...tetapi kami sedar mengingati insan tersayang adalah lebih penting dan bermakna dari segala-galanya.

bonda nenda masih ada kami yang amat DEKAT dengan bondanenda seorang, satu-satunya insan yang tak pernah kami lupa walau sedetik waktu pun...

Tuesday, December 21, 2010

untuk yang sentiasa dekat di hati....



apakah yang menariknya pada ALAMAT tulisan tangan di atas? ironinya, tulisan tersebut adalah hasil bonda tijah sendiri semasa sihat. tidak pasti bilakah bonda mencatatnya di buku kecil ini...sewaktu mengemas-ngemas pelbagai dokumen, terselit sebuah buku kecil BUKU 555, yang amat popular suatu ketika dahulu. sinonimnya buku tersebut, ialah buku hutang! tapi buku 555 yang ditemui, penuh dengan tulisan tangan bonda.

pada suatu muka surat bonda telah menitipkan alamat di atas....dengan kasihsayang kekeluargaan aku dedikasikan untuk almarhum paman sharif, bibik yamah, dinda shahrudin serta seluruh keluarga ku di sana....walau kecil dan terpencil catatan di buku tersebut, ia tetap menjadi kenang-kenangan tak ternilal ketika ini dan akan datang....