Thursday, March 24, 2011

penajaan dibawakan oleh ..


terima kasih kepada keluarga kamisah tawaf serta anak-anak yang sudi menaja dan meraikan hari yang penuh bermakna ini...pada malam itu...

atas ingatan itu, susah payah tetap akan tersemat dalam kenangan...sehingga ke akhir sisa-sisa hayatku....

terima kasih juga paksu ucapkan kepada anakku norhaliza misran, zuraimi, rafi, zati, fika & sira..
NORHALIZA : salam p'usu, lama x dengar berita. apa khabar? happy belated birthday...(24 mac 7.44pm SMS)

SALAM SAYANG UNTUK SELURUH KELUARGA BESAR AYAHANDA TAWAF & BONDA TIJAH...

Monday, March 21, 2011

saat bagai tetamu senja..


petang semalam, suraya bersungguh-sungguh mengajak aku makan di luar. kakak kamisah paksa juga agar aku menuruti hajatnya...

su sms...makwan ni bersemangat nak g kl...sb nak ajak paksu kuar makan..

hujan agak lebat petang semalam, sebelum maghrib kakak serta anak-anak tercinta sudah ada di tol gombak. su memberitahu agar aku pergi ke restoran nelayan, tmn tasik titiwangsa... aku agak terlewat, kakak dan anak-anak telah berada di sana. dua meja untuk 20 orang telah tersedia..



sebelum terlupa siang semalam aku masih menerima tiga sms dari...

ZIN SARING: selamat hari lahir paman nin... 8.00 pagi (sms)

RAHMAT ABAS : selamat ari lahir paksu..moga dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki dalam hidup yang berkekalan...amin 11.45 tgh (sms)

SOBRI (rakan) : selamat segalanya nin...ok lah tu...dato' ghafar lagi tua.. 12 tgh (SMS)

RAHMAN ABAS : salam...selamat hari lahir....moga sihat selalu... (21 mac 12.00 tgh)





aku amat hargai sanjungi keprihatinan kakak serta anak-anak meraikan aku di tempat yang begitu. tak pernah untuk aku terfikir...di sini aku dijamu. walau tiada lilin...tapi aku tetap percaya cahaya yang mereka berikan kepadaku,,sungguh amat bererti..

salam terima kasih aku untuk kamal, linda kerana malam itu juga mereka balik ke pahang bersama kakak setelah selesai jamuan. kalau kalian merasai lebatnya hujan ketika menuju ke rest nelayan, begitulah lebatnya airmataku mencurah di hati ketika aku melangkah pulang...rasanya ucapan terimakasih ku, tidak cukup untuk ku berikan kepada mereka.

dan pagi ini tanda terimaksih ku...aku menghantar ucapan melalui sms untuk, su, kamal, masitah, ct zubaidah juga salasiah...

KAMAL : hanya ini sebagai ingatan buat paksu...terima kasih juga untuk paksu (21 mac 9.00 pagi)

MASITAH : paksu, kami doakan paksu bahagia menikmati kehidupan sekarang, moga allah permudahkan segala urusan paksu. amin. macam2 doa utih untuk paksu, tapi tak leh nak taip...tq bebanyak ya paksu... (21 mam 9.19 pagi)

aku seolah-olah kehilangan butir bicara untuk menyatakan apa lagi yang perlu ku ucapkan untukmu KAKAK MISNAH...kakak wajar berbangga memiliki anak-anak mu...
DAN SETIAP KALI AKU BERSAMA KAKAK ATAU ANAK2 MEREKA...AKU AKAN TERINGAT ALMARHUM KANDA UDA (ZAINUDIN)...ADA SUATU YANG AMAT MENYENTUH HATI KECILKU BILA MENGENANGNYA, TETAP KU INGAT SAMPAI BILA. DEMI MENJAGA DAN MENGHORMATI ALMARHUM, BIARLAH TIDAK KU TULIS DI SINI. KECUALI ANAK2 ATAU KAKAK BERTANYA KEPADAKU, AKU AKAN LUAHKAN...MOGA ALMARHUM DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH...INSYAALLAH...(suspenlah paksu ni)

Sunday, March 20, 2011

merintis jalan yang panjang... 61-50


aku tak pernah terfikir untuk merasakan langkahku sejauh ini...sehingga ke saat ini. merentas denai lurah belukar...dalam sukar lelah dan payah...masih tetap mencari...aku hanya ingin tetap bersama bonda berteguh dengan iman sujud di SISINYA...

KAKYA : selamat hari lahir abah dah tua...semoga dimurahkan rezeki, sihat selalu dan happy2 selalu. kakya syg abah :) 12.06 mlm (sms)

ANGAH : abah, selamat hari lahir...alia doakan abah sihat selalu dan murah rezeki. sayang abah 12.06 mlm (sms)

ACIK : selamat hari lahir ke 50...semoga panjang umur dan murah rezeki...adil sayang abah selalu 12.06 mlm (sms)

BE ; happy birthday abah. love you forever 12.06 mlm (sms)

AJIE : selamat hari lahir abah...sayang abah 8.00 pagi

CIK SALA (PASTINYA KAKAK TERCINTAKU JUGA TURUT MENYATAKANNYA) : paksu..selamat berulangtahun ke 50..semoga rahmat allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu... 1.54 pagi (sms)


dan saat aku melelapkan mata, aku tidak pernah memikirkan mengapa tebing mataku basah...semoga allah merahmati mereka yang mengingatiku...ketika ini doaku seperti tidak kering-kering di hati seperti basahnya pipiku...